Lelaki kantoi pandu Ferrari 488 Spider tak ada ‘roadtax’, ini alasannya

Lelaki kantoi pandu Ferrari 488 Spider tak ada ‘roadtax’, ini alasannya

Lelaki kantoi pandu Ferrari 488 Spider tak ada ‘roadtax’, ini alasannya. Seorang lelaki yang memandu kereta Ferrari 488 Spider ditahan di Lebuhraya Guthrie dekat sini Khamis lalu atas kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Datuk Khairul Khar Yahya berkata, kesalahan itu dikesan menerusi operasi harian yang dijalankan Stesen Penguatkuasa (SPK) Elmina JPJ Selangor.

Lelaki kantoi pandu Ferrari 488 Spider tak ada 'roadtax', ini alasannya

“Pemandu lelaki berusia 30 tahun itu ditahan dan pemeriksaan lanjut mendapati LKM kereta terbabit telah tamat tempoh.
“Alasan yang diberi pemandu terbabit ialah kesibukan kerja dan lupa,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Sementara itu, operasi rondaan turut dilaksanakan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH).

Kata Khairul Khar, sebanyak 126 kesalahan dikesan antaranya lesen memandu kompeten (CDL) (21 kes), lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh (19 kes), tiada perlindungan insurans (19 kes) serta teknikal (54 kes).

“Pasukan operasi turut bertindak menyita enam motosikal jenis Honda EX5 atas pelbagai kesalahan,” ujarnya.

Tambahnya, SPK Elmina sentiasa memberi perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas semua jenis kenderaan agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.

“Sebarang aduan kesalahan lalu lintas, orang awam boleh menyalurkan kepada [email protected] atau platform aplikasi e-aduan beserta butiran pengadu dan butiran aduan,” jelasnya.

Baca Lagi:
“Orang gaji suka pakai minyak wangi waktu suami ada di rumah, rupanya ada ikatan senyap-senyap lepas kantoi gambar pakai pakaian dalam aku”
Misteri 13 buah pulau yang sangat pelik dan menyeramkan
“Baru 2 bulan kahwin, adik ipar kuat cemburu selalu bermanja dengan suami sampai ada sekali tidur sebelah suami”
CATEGORIES