Warga asing semakin berani cabul remaja, siap ulur RM50 sebagai ganjaran

Warga asing semakin berani cabul remaja, siap ulur RM50 sebagai ganjaran

Warga asing semakin berani cabul remaja, siap ulur RM50 sebagai ganjaran. Bayar RM50 selepas memeluk dan memegang badan remaja berusia 13 tahun.

Itu tindakan biadap seorang warga asing yang melakukan amang seksual terhadap remaja berkenaan di Jalan Kampung Fajar, di sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku pada jam 7 pagi, akhir Disember tahun lalu.

Warga asing semakin berani cabul remaja, siap ulur RM50 sebagai ganjaran

“Suspek yang juga penjual surat khabar datang ke rumah mangsa dan masuk ke bilik mangsa.
“Suspek kemudian memegang badan mangsa memegang kedua-dua lengan kanan dan kiri serta memeluk mangsa. Selepas itu, mangsa diberikan wang RM50 sebagai ganjaran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, susulan itu polis menahan lelaki warga asing berusia 48 tahun di sebuah rumah dekat sini, semalam bagi membantu siasatan berhubung kejadian.

“Suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” katanya.

Baca Lagi:
Bertahun hidup baru tahu cara ular minum air, ingatkan guna lidah rupanya…
7 Selebriti terkaya di Malaysia, no 4 paling tak sangka nilai bersih sampai belas-belas juta
Selalu mimpi ibu mertua hantar anjing hitam dekat bilik tidur, sekali minta tolong ustaz scan dari jauh akhirnya terbongkar
CATEGORIES