Imam diserang lelaki “selipar” ketika solat Subuh

Imam diserang lelaki “selipar” ketika solat Subuh

Imam diserang lelaki “selipar” ketika solat Subuh. Seorang lelaki dipercayai kurang siuman ditahan polis selepas menyerang imam ketika solat Subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.18 pagi itu, suspek berusia lingkungan 40-an berpakaian baju Melayu ungu dan berkain pelekat serta berseluar hitam itu dikatakan menyerang mangsa dari belakang secara tiba-tiba.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata mangsa, Ilhan Muhammad Irham, adalah pelajar Maahad Tahfiz Thurath yang menjadi imam jemputan untuk solat Subuh sempena Program Khatam Subuh 2.0 Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan.

Imam diserang lelaki "selipar" ketika solat Subuh

“Ketika solat memasuki rakaat kedua dengan anggaran 80 jemaah, kedengaran suara lelaki menjerit dari arah pintu masjid.
“Kira-kira seminit selepas itu ketika imam masih membaca surah, seorang lelaki dipercayai kurang siuman meluru menolak jemaah dari belakang dan terus menuju ke imam sambil cuba memukul imam dengan selipar.
“Mangsa terus mengelak, sekali gus menyebabkan solat dihentikan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini

Beliau berkata, pihak keselamatan masjid dan jemaah terus menghalang lelaki itu serta menahannya sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Baca Lagi:
5 Senarai menteri paling dibenci rakyat Malaysia sampai sekarang, kenapa ya? ini sebabnya
Selalu mimpi ibu mertua hantar anjing hitam dekat bilik tidur, sekali minta tolong ustaz scan dari jauh akhirnya terbongkar
7 Selebriti terkaya di Malaysia, no 4 paling tak sangka nilai bersih sampai belas-belas juta
CATEGORIES