Jangan sesekali jatuhkan air mata ibu, kemewahan boleh hilang dalam masa 24jam – Datuk Hattan

Jangan sesekali jatuhkan air mata ibu, kemewahan boleh hilang dalam masa 24jam – Datuk Hattan

Jangan sesekali jatuhkan air mata ibu, kemewahan boleh hilang dalam masa 24jam – Datuk Hattan. Penyanyi, Datuk Hattan meluahkan rasa rindu terhadap arwah ibunya tatkala bulan Ramadan berkunjung tiba. Selain meluahkan rasa rindu, Hattan turut menitipkan pesanan kepada semua individu mengenai perasaan seorang ibu.

Jangan bagi ibu terguris

Jangan sesekali jatuhkan air mata ibu, kemewahan boleh hilang dalam masa 24jam - Datuk Hattan

Menerusi sebuah posting di Instagram, pelantun suara ‘Rendang Tak Berbuah’ ini menyuruh semua anak-anak untuk balik ke kampung dan berkumpul adik beradik tatkala di bulan yang mulia ini. Di samping itu, Hattan turut berbicara mengenai soal anak dan ibu.

Ujar Hattan, sekiranya si anak telah menjatuhkan air mata ibu, maka dengan itu segala kemewahan yang dimilikinya langsung tidak bermakna.

Ibu kita ni jangan sesekali pun kita menitikkan air matanya. Kalau terguris saja hati dia, tak ada untung dekat kita. Tak kisah macam mana tinggi pun kita berdiri di muka bumi ni, tapi kita mengguriskan hati ibu, baik pergi minta ampun.

Kalau jatuh kebawah, sakit. Macam mana berjaya pun tak ada makna. Sebab apa? Dalam masa 24 jam semua kemewahan kita boleh hilang dalam sekelip mata. Banyak kali dah terbukti benda macam ni. Percayalah cakap saya. Emak kita ini adalah segala-galanya untuk kita. Kena ingat tu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hattan (@dato_hattan)

Baca Lagi:
Selalu mimpi ibu mertua hantar anjing hitam dekat bilik tidur, sekali minta tolong ustaz scan dari jauh akhirnya terbongkar
7 Selebriti terkaya di Malaysia, no 4 paling tak sangka nilai bersih sampai belas-belas juta
5 Senarai menteri paling dibenci rakyat Malaysia sampai sekarang, kenapa ya? ini sebabnya
CATEGORIES