Wanita mengamuk disuruh beli gula premium RM4.20, tapi warga asing dapat beli gula subsidi 1 bundle

Wanita mengamuk disuruh beli gula premium RM4.20, tapi warga asing dapat beli gula subsidi 1 bundle

Wanita mengamuk disuruh beli gula premium RM4.20, tapi warga asing dapat beli gula subsidi 1 bundle. Seorang wanita mengamuk selepas pekerja asing di sebuah pasar raya besar di Semenyih, Selangor dikatakan telah menjual gula pasir subsidi kepada rakan senegaranya.

Dakwa wanita yang dikenali sebagai Narima Basir itu, pekerja tersebut menjualnya secara ‘bundle’ yang mengandungi 12 pek kepada pelanggan asing terbabit

Tambahnya, ketika dia juga hendak membeli gula tersebut, pekerja terbabit memaklumkan bekalan sudah tiada dan hanya menjual jenis premium.

Wanita mengamuk disuruh beli gula premium RM4.20, tapi warga asing dapat beli gula subsidi 1 bundle

“Tengok ya, aku minta tadi nak beli gula, dia kata ada yang harga RM4.20 (gula premium), memang nak kena dengan aku.
“Tadi ada pelanggan warga asing datang beli satu bundle besar gula merah RM2.80. Kita (orang tempatan) kena beli RM4.20. Tapi orang asing aku nampak bawa troli boleh beli satu kotak gula merah CSR,” katanya menerusi sebuah rakaman yang dimuat naik di Facebook minggu lalu.

Video tersebut turut dikongsikan laman Malaysia Most Viral di aplikasi X semalam dengan jumlah tontonan lebih 277,000.

Bercerita lanjut, wanita terbabit memberitahu, selepas mendesak pekerja di pasar raya tersebut, akhirnya dia diberikan satu ‘bunlde’ gula putih subsidi.

“Lepas aku maki baru aku dapat beli satu ‘bundle’ gula. Mana aku nak cari pelanggan asing tadi. Cepat-cepat dia ambil, cepat-cepat dia pergi. Kena maki dengan aku baru dia (pekerja asing) keluarkan. Dia kroni bago kawan-kawan dia sahaja,” luah wanita itu.

 

Dakwa wanita itu lagi, pekerja di pasar raya terbabit sengaja menyorokkan bekalan gula putih subsidi agar pelanggan yang datang terpaksa membeli jenis premium sahaja.

Dia juga mendesak pihak berwajib terutama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk mengambil tindakan segera meninjau pasar raya tersebut agar tindakan sewajarnya dapat dilakukan.

Baca Lagi:
Wanita dipaksa berhenti kerja arkitek selepas kahwin dengan suami ‘complicated’, tapi tak pernah bagi nafkah dan minta cari duit belanja sendiri
Suami PJJ kantoi tidur dengan isteri orang, bila aku dah kumpul bukti, aku rasa serba salah dengan perbuatan aku bila anak cakap sesuatu..
Ini sebab kenapa bengkel orang melayu susah nak buat duit macam bengkel orang cina
CATEGORIES