Wanita luah perasaan sedih, ibu bapa ‘kedarah’ duit gaji hingga tiada duit simpanan

Wanita luah perasaan sedih, ibu bapa ‘kedarah’ duit gaji hingga tiada duit simpanan

Wanita luah perasaan sedih, ibu bapa ‘kedarah’ duit gaji hingga tiada duit simpanan. Tular sebuah kisah mengenai seorang wanita muda di Malaysia yang menceritakan isu kewangan yang dihadapi olehnya terhadap kedua orang tuanya.

Dalam catatan yang dikongsi di media sosial @twtsecretsmy, seorang wanita berkongsi pengalaman peribadinya mengenai perasaannya yang terperangkap dalam lingkaran pergantungan kewangan ibu bapanya.

Wanita muda yang tidak didedahkan identitinya itu memberitahu bahawa kebanyakan gajinya digunakan untuk membayar bil dan pinjaman keluarga, serta memberi sokongan kewangan kepada ibu bapanya.

Wanita luah perasaan sedih, ibu bapa 'kedarah' duit gaji hingga tiada duit simpanan

Sebagai contoh, beliau menyatakan bahawa 90 peratus daripada gajinya disalurkan terus untuk membayar bil, manakala selebihnya hanya untuk keperluan peribadi dan simpanan.

Sejak dua tahun lalu, wanita itu tidak dapat menyimpan wang kerana keseluruhan gajinya telah dibelanjakan untuk membayar bil dan membantu ibu bapanya.

Walaupun dia bekerja keras, termasuk mengambil kerja sambilan, dia sentiasa diminta oleh bapanya untuk diberikan wang tambahan.

Wanita itu turut melahirkan rasa simpati terhadap bapanya dan berasa berterima kasih atas segala bantuan yang telah diberikan kepadanya.

Bagaimanapun, dia turut meluahkan perasaan sedih dan keliru kerana ibu bapanya tidak henti-henti meminta wang.

Perasaan tertekan dan putus asa wanita itu bertambah apabila bapanya meminjam sejumlah besar wang dan tidak bercadang untuk membayarnya dalam masa terdekat.

Malah, apabila dia enggan memberi wang tambahan, dia berhadapan dengan tekanan daripada ibu bapanya.

Baca Lagi:
Bomba kesan ada 3 hingga 4 ‘kawah air’ di Pantai Batu Burok
“Aku kena tangkap berduaan dengan perempuan yang aku kenal dekat WeChat, Allah terus bayar cash, sekali isteri aku bagi 4 pilihan..”
“Suami aku seorang pekebun sawit, aku kerja sebagai pegawai kerajaan, lepas apa yang aku lalui, baru aku tahu perangai sebenar suami aku”
CATEGORIES