“Suami aku seorang pekebun sawit, aku kerja sebagai pegawai kerajaan, lepas apa yang aku lalui, baru aku tahu perangai sebenar suami aku”

“Suami aku seorang pekebun sawit, aku kerja sebagai pegawai kerajaan, lepas apa yang aku lalui, baru aku tahu perangai sebenar suami aku”

“Suami aku seorang pekebun sawit, aku kerja sebagai pegawai kerajaan, lepas apa yang aku lalui, baru aku tahu perangai sebenar suami aku”. Foto sekadar hiasan. Saya nak confess yang lately saya semakin lega sebab dah dapat jawapan kepada persoalan yang mengganggu fikiran.

Latar belakang cerita : Saya bekerja sebagai pegawai kerajaan dengan pendapatan 6k manakala suami saya seorang pekebun sawit dengan pendapatan 2k.

Seimbas lalu, boleh nampak tak macammana belanja keperluan rumah tangga dibahagikan?

"Suami aku seorang pekebun sawit, aku kerja sebagai pegawai kerajaan, lepas apa yang aku lalui, baru aku tahu perangai sebenar suami aku"

Kebanyakan belanja besar iaitu instalment kereta, rumah, api air internet, sekolah Kafa anak, saya bayar. Kalau nak berjalan jalan kerana nak hiburkan anak-anak pun, saya yang keluarkan belanja.

Ops, macam jalan cerita cliche kan? Tapi saya minta jangan berhenti baca.

Situasi ni satu masa dulu pernah membuatkan saya terfikir adakah suami saya tak jalankan tanggungjawab dan saya sedang menanggung biawak hidup?

Setiap kali saya baca confession tentang suami tak bertanggungjawab, saya bandingkan dengan keadaan saya. Sekian lama membaca kisah orang lain, akhirnya saya faham dan buat kesimpulan. Suami saya bukan seteruk yang saya sangkakan.

Di bawah ni saya senaraikam tanda tanda bahawa dia bukan biawak hidup:

1. Dia sangat membantu kerja rumah. Paling dia pandai buat ialah basuh baju, masak nasi, kemas halaman rumah, betulkan alatan rumah yang rosak. Saya balik kerja, semua yang tersebut dah settle.

Saya hanya buat apa yang dia tak tahu buat saja contohnya ajar anak mengaji, belajar dan masak sesetengah lauk yang dia tak reti.

Bab uruskan baju paling bagus sekali. Kalau saya tak jumpa baju tertentu yang saya nak pakai, saya akan tanya dia. Mesti jumpa punya.

Actually, walaupun suami saya boleh diharap jaga rumah, rumah saya bukan spotless berkilat macam showhouse pun. Suami saya tetap typical husband. Lelaki manalah reti bab nak mengemas detail sangat. Dia buat yang asas je. Tapi cukup elok dah di mata saya.

2. Dia pandai jaga anak.

Kami ada 3 anak. Masa mereka kecik, setiap kali anak meragam nangis tak berhenti, dia akan dukung dan pujuk sampai anak selesa dan tertidur. Saya tukang bagi susu je.

Kalau dah pujuk dengan susu tak jalan juga, saya terus sambung balik tidur, dia yang take over pujuk anak, sapu ubat kembung, dukung dan selesakan anak.

3. Dia beli lauk dan makanan asas keluarga.

Saya tak pernah beli beras dan lauk asas. Walaupun saya ada duit, saya tetap tunggu dia beli. Kalau ikan dibelinya, ikanlah yang kami akan makan.

Kalau dah habis lauk, saya minta dia belikan telur. Kalau anak nak makan ayam, saya akan minta dia belikan. Jenis makanan asas kami sangat sederhana dan standard.

Saya tak boleh ingat bila saya beli lauk rumah. Cuma kalau ada makanan yang saya teringin macam fast food, makanan siap masak, western ke, saya akan belanja.

4. Dia pendengar yang baik.

Masa saya sedih kerana masalah kerja, masalah adik beradik saya, dia akan tadah telinga hingga saya rasa tenang seolah sebahagian masalah saya dah selesai. Tak kira masa, bila saya nak bercerita, dia sedia mendengar.

5. Dia hormat family saya.

Suami saya suka menghiburkan family saya dengan gurauan bersahaja. Mak, ayah, adik beradik saya semua selesa dengan dia. Selalu dia balik rumah mak ayah tanpa saya. Dia memang boleh blend in dalam family saya.

6. Dia berjaya membuktikan bahawa i am the one and only. Bukan melalui percakapan, sorry dia tak romantik. Tapi dari tingkahlaku dan perbuatan.

Saya tak pernah take this issue for granted kerana saya tahu lelaki boleh tersuka dengan perempuan lain selain isterinya. Tapi buat masa ini, saya dapat rasa saya masih the one and only.

Perasaan secure ini membuatkan saya jadi tak berkira dengan dia. Kebanyakan perempuan akan mengungkit tentang tanggungjawab kalau dapat rasa suami curang. It’s not about what you have did man, but what we feel.. itulah perempuan.

7. Dia sokong apa sahaja yang saya nak buat.

Masa saya nak start beli rumah pelaburan untuk disewakan, dia bagi modal hasil jual kereta dia.

Bila saya perlukan mr handyman untuk repair dan set up rumah sewa tersebut, dia yang setia tolong saya berangkut katil, tilam sampai 5-6 trip tanpa merungut. Serius, dia memang tak berkira bab tenaga dan masa.

Cukuplah 7 tanda tu. Saya dah boleh tersenyum lega. Walaupun bab duit saya rasa saya lebih daripada dia, tapi 7 tanda di atas membuatkan saya dapat rasa dia suami terbaik yang saya perlu jaga.

Ikhlas, Nafisah

Baca Lagi:
Pengalaman 40 tahun, bekas chef peribadi kerabat diraja Arab Saudi tawar menu sarapan ‘kayangan’ dengan harga RAHMAH
Ahli Parlimen Kulai pernah kena halau dengan pak guard Dewan Parlimen sebab pandu kereta Kelisa
Ramai terkejut bila dapat tahu pemilik nombor plat ‘GOLD 1’ yang bernilai RM1.5 juta selepas didedahkan
CATEGORIES