Pesawah di Kuala Kurau terpaksa bakar padi

Pesawah di Kuala Kurau terpaksa bakar padi

Pesawah di Kuala Kurau terpaksa bakar padi. Lebih 20 pesawah di Kuala Kurau, di sini, terpaksa ‘berputih mata’ melihat hasil tanaman mereka mereput dan tidak dapat dituai.

Keadaan itu disebabkan jentuai milik swasta enggan memasuki kawasan itu akibat tanah jerlus yang membuatkan jentera sering terbenam dan mereka terpaksa menanggung kerugian.
Akibat situasi itu, ada pesawah terpaksa membakar padi mereka kerana sudah reput dan tidak sesuai lagi dituai.

Pesawah di Kuala Kurau terpaksa bakar padi

Pesawah, Anuar Rosli, 34, berkata, dianggarkan lebih 20 pesawah terpaksa melihat hasil tanaman mereput.

Dia mendakwa, jentuai yang sebelum ini digunakan ‘lari’ akibat tidak tahan dengan keadaan tanah jerlus.

“Pemilik jentera mendakwa mereka tidak mencapai sasaran tan metrik yang dimahukan dan menanggung kerugian.

“Justeru mereka memaklumkan terpaksa keluar dari kawasan ini dan pergi ke negeri utara kerana di sana juga padi mula masak dan tanah lebih keras berbanding di sini.

“Kami tiada pilihan selain terpaksa melihat padi mereput dan tidak sesuai untuk dituai secara manual,” katanya ditemui selepas menerima bantuan Back To School Yayasan Pelajaran Mara dan Yayasan Bina Upaya Perak di Dewan Komuniti Bagan Serai di sini, hari ini.

Menurutnya, perkara itu sudah berlaku dua musim berturut-turut dan kerajaan perlu bertindak segera bagi memastikan tanah di sini khususnya di Kerian Laut pulih.

Anuar berkata, pihak berkaitan perlu mencari alternatif lain pada musim akan datang kerana pesawah bimbang tiada mesin jentuai yang mahu datang akibat faktor tanah jerlus.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Perak, Datuk Sham Mat Sahat berkata, pesawah tidak perlu khuatir kerana LPP akan membeli beberapa jentuai padi yang lebih ringan bagi membolehkan padi dituai di kawasan tanah jerlus seperti di Kerian Laut.

Beliau berkata, terdapat tiga kawasan di Perak yang membekalkan jentera namun kesemuanya adalah jentera lama dan berat.

“Jentera lama ini masih lagi digunakan di beberapa kawasan yang sesuai.

“Namun kita akan membeli beberapa jentera lebih ringan supaya dapat memasuki kawasan tanah jerlus dan menuai padi,” katanya.

Terdahulu media melaporkan pesawah di Kerian Laut derita apabila tanah sawah sekali lagi jerlus dan menyebabkan banyak sawah padi tidak dapat dituai.

Pesawah terpaksa menanggung kerugian dua musim berturut-turut sehingga terpaksa berhutang dengan pembeli padi.

Baca Lagi:
Bomba kesan ada 3 hingga 4 ‘kawah air’ di Pantai Batu Burok
“Suami aku seorang pekebun sawit, aku kerja sebagai pegawai kerajaan, lepas apa yang aku lalui, baru aku tahu perangai sebenar suami aku”
Senang kucing dapat kerja, tidur atas jalan dapat jadi duta Setel dengan bantuan netizen
CATEGORIES