Wanita ketakutan tengok barang sampai bentuk macam mayat atas pagar rumah, semuanya terbongkar selepas suami balik

Wanita ketakutan tengok barang sampai bentuk macam mayat atas pagar rumah, semuanya terbongkar selepas suami balik

Wanita ketakutan tengok barang sampai bentuk macam mayat atas pagar rumah, semuanya terbongkar selepas suami balik. Menunggu ketibaan parcel atau barang yang dibeli secara online antara saat yang ditunggu-tunggukan ramai. Tetapi berbeza dengan seorang wanita ini apabila dia hampir sahaja pengsan melihat keadaan barang yang dihantarkan ke rumahnya itu.

Menerusi video yang dimuat naik ini, wanita itu menunjukkan sebuah barang yang dihantarkan oleh pekerja penghantaran dan diletakkan di atas tembok rumahnya. Apa yang membuatkan ramai terkejut ialah keadaan barang tersebut yang dibungkus seperti mayat.

Pada awalnya, dia berasa terkejut dan takut melihat barang misteri yang diletakkan di atas tembok rumahnya ini. Malah dia juga tidak berani untuk mengambilnya dan difahamkan menunggu sehingga ke malam serta membiarkan suaminya sahaja yang membawanya masuk.

Wanita ketakutan tengok barang sampai bentuk macam mayat atas pagar rumah, semuanya terbongkar selepas suami balik

@dian_dianzbarang kereta laki aku ckap 🥲♬ Creepy, scary, horror, synth, tension – Sound Production Gin

Menurut wanita itu, bungkusan tersebut adalah barang kereta yang dibeli oleh suaminya. Perkongsian video itu telah meraih perhatian ramai di mana rata-ratanya berasa terkejut melihat bagaimana barang tersebut dibungkus oleh penjual.

Malah ada juga yang tertanya-tanya mengapa penjual tersebut membungkus barang tersebut dengan gaya begitu kerana ianya boleh menakutkan mereka yang melihatnya. Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama terhibur melihat situasi yang dikongsikan ini.

Ada yang berpendapat mungkin juga penjual tersebut sengaja membalut bungkusan itu dengan gaya begitu atas tujuan keselamatan kerana ia merupakan barang berharga. Kebiasaannya barang yang berharga dan bernilai tinggi akan dibungkus dengan lebih teliti.

“Orang yang hantar tu lagi takut.”

Wanita ketakutan tengok barang sampai bentuk macam mayat atas pagar rumah, semuanya terbongkar selepas suami balik

“Saya syakkan seller tak nak bagi orang curi barang tu, tu dia balut gitu. Lagi-lagi barang berharga macam barang kereta. Lagi kena safety balutnya tapi ni safety sangat ni.”

Wanita ketakutan tengok barang sampai bentuk macam mayat atas pagar rumah, semuanya terbongkar selepas suami balik

“Satu rumah kat situ takut lalu situ.”

Wanita ketakutan tengok barang sampai bentuk macam mayat atas pagar rumah, semuanya terbongkar selepas suami balik

“Kalau aku pun, aku tak usik. Tunggu husband balik.”

Wanita ketakutan tengok barang sampai bentuk macam mayat atas pagar rumah, semuanya terbongkar selepas suami balik

Baca Lagi:
Mati ketika mesyuarat PAS lebih mulia dari mati ketika sujud dalam solat
Adik kandung ‘mengamuk’ abang dijamin keluarga kes dadah
PM Ismail Sabri umum cuti khas 18 November ini
CATEGORIES