Mati ketika mesyuarat PAS lebih mulia dari mati ketika sujud dalam solat

Mati ketika mesyuarat PAS lebih mulia dari mati ketika sujud dalam solat

Mati ketika mesyuarat PAS lebih mulia dari mati ketika sujud dalam solat. Belum pun habis panas lagi isu undi BN PH masuk neraka, ada lagi isu baru.

Zaman Nabi belum ada PAS, macam mana boleh ada hukum, mati dalam meeting PAS lebih mulia dari mati ketika sujud dalam solat? Nabi lupa beritahu ke?

Tak baik suka-suka buat ajaran baru macam ni. Rosak pemikiran masyarakat.

Mungkin nampak macam lawak tapi doktrin begini sangat bahaya. Boleh merosakkan akidah, boleh juga jadi ektrim.

Mati ketika mesyuarat PAS lebih mulia dari mati ketika sujud dalam solat

Rasulullah ﷺ setiap kali mula khutbah biasanya baginda mengucapkan,

أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَخَيْرُ الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ وَشَرُّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ

“Amma ba’du. Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah kitabullah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad ﷺ. Seburuk-buruk perkara adalah (perkara agama) yang diada-adakan, setiap (perkara agama) yang diada-adakan itu adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah kesesatan” [HR. Muslim no. 867].

Jangan mengada-adakan benda baru dalam Agama. Nabi larang. Nabi kata perkara baru dalam Agama ni benda yang paling buruk!

Baca: Salah Faham Maksud Husnul Khatimah

Salah Faham Maksud Husnul Khatimah

Syaikh Ibnu Utsaimin رحمه الله berkata,
“Maksud husnul khatimah (akhir hidup yang baik) bukanlah engkau meninggal dunia ketika di masjid, di atas sejadah, atau engkau meninggal dunia dalam keadaan mushaf ada di hadapanmu.
Kerana sesungguhnya manusia terbaik Rasulullah ﷺ wafat di atas tempat tidurnya. Sahabatnya, iaitu Abu Bakar As-Siddiq yang merupakan sebaik-baik sahabat juga wafat di atas tempat tidurnya. Khalid bin Walid juga wafat di atas tempat tidurnya padahal beliau seorang yang digelar ‘pedang Allah yang terhunus’ dan telah terjun dalam 100 kali peperangan namun tidak pernah mengalami kerugian.

Akan tetapi husnul khatimah itu adalah:
• Engkau wafat dalam keadaan bersih dari syirik
• Engkau wafat dalam keadaan bersih dari kemunafikan.
• Engkau wafat dalam keadaan menghindari Ahli Bid’ah dan bersih dari kebid’ahan.
• Engkau wafat dalam keadaan di atas Al Quran dan As Sunnah serta mengimani isinya tanpa takwil.
• Engkau wafat dalam keadaan kosong dari darah kaum muslimin, harta, dan kehormatan mereka, serta engkau wafat dalam keadaan memenuhi hak Allah dan hak hamba-hamba-Nya terhadap dirimu.
• Engkau wafat dalam keadaan hati yang bersih, niat yang suci dan akhlak yang mulia tanpa dengki dan dendam kepada seorang muslim.
• Engkau wafat dalam keadaan menjalankan solat yang lima waktu berjamaah bagi mereka yang berhak melakukannya berjamaah, serta…
• Engkau wafat dalam keadaan telah menunaikan kewajiban Allah terhadap dirimu.
Iklan.
Ya Allah, perbaikilah akhir keadaan kami dalam semua urusan dan lindungilah kami dari kehinaan dunia dan azab di akhirat. Ya Allah, perbaikilah akhir hidup kami dan kembalikanlah kami kepada-Mu dalam keadaan tidak terhina dan terbongkar aib.” [Fatawa Nur Alad Darb].
➖➖➖➖➖➖
قال الشيخ العلامة محمد بن صالح العثيمين – رحمه الله تعالى – :
” ليس المقصود من حسن الخاتمة أن تموت و أنت في المسجد أو على سجادة الصلاة أو تموت و المصحف بين يديك .
فقد مات خير البرية جمعاء و هو على فراشه . مات صديقُه الصديقُ أبو بكر و هو خيرُ الصحابة على فراشه . مات خالد بن الوليد على فراشه و هو الملقب بسيف الله المسلول و الذي خاض ١٠٠ معركة و لم يخسر أياً منها .
– و لكِنَّ حُسْنَ الخاتمة :
✓• أن تموتَ و أنت بريءٌ من الشرك .
✓• أن تموتَ و أنت بريءٌ من النفاق .
✓• أن تموتَ و أنت مفارقٌ للمبتدعة بريءٌ من كل بدعة .
✓• أن تموتَ و أنت على الكتاب و السنة و مؤمنٌ بما جاء فيهما دون تأويل .
✓• أن تموتَ و أنت خفيفُ الحمل من دماء المسلمين و أموالِهم و أعراضِهم ، مؤدياً حق الله عليك و حق عباده عليك .
✓• أن تموتَ سليمَ القلب طاهرَ النوايا و حَسَنَ الأخلاق ؛ لا تحملُ غلاً و لا حقداً و لا ضغينةً لمسلم .
✓• أن تصلي خمسَكَ في وقتها مع الجماعة لمن لهم حقُّ الجماعة و تؤدي ما افترضه اللهُ عليك .
اللهم أَحسنْ عاقبتَنا في الأمور كلِّها و أجرْنا من خزي الدنيا و عذابِ الآخرة .
اللهم أَحسنْ خاتمتَنا و ردَّنا إليك مرداً جميلاً غير مخزٍ و لا فاضحٍ .
📚 |[ فتاوى نور على الدرب ]| .
Telegram: Wawasan Muslim

Baca Lagi:

PM Ismail Sabri umum cuti khas 18 November ini
Syamsul Yusof tunjuk cara bijak guna duit, bukan main saham nak jadi kaya
PDRM dedah punca kematian pelakon Syazlin Zainal buatkan ramai terkejut
CATEGORIES