Anwar guna BMW nombor plat ‘klon’ milik Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim, dakwa bekas pembantu

Anwar guna BMW nombor plat ‘klon’ milik Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim, dakwa bekas pembantu

Anwar guna BMW nombor plat ‘klon’ milik Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim, dakwa bekas pembantu. Anwar Ibrahim mungkin tidak mempunyai kereta yang didaftarkan atas namanya, tetapi ketika kempen PRU semakin hangat, dia ke sana dan ke sini dengan bergaya.

Presiden PKR itu menggunakan kenderaan sedan BMW 7 Series yang dipinjamkan sebagai salah satu kenderaan yang digunakannya.

Bagaimanapun, nombor pendaftaran pada kereta mewah itu mencetuskan kekecohan hari ini selepas bekas pembantu Allahyarham Abdul Khalid Ibrahim mendakwa ia adalah “klon” kepada plat bekas menteri besar Selangor berkenaan.

Semakan kemudian mendapati dakwaan dibuat Faekah Husin adalah tidak benar.

Anwar guna BMW nombor plat 'klon' milik Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim, dakwa bekas pembantu

Faekah membuat dakwaan tersebut berdasarkan tangkap skrin video TikTok pada hari penamaan calon apabila nombor plat pada BMW terbabit kelihatan sebagai BEN 1.

Faekah berkata BEN 1 masih didaftarkan di bawah nama Abdul Khalid pada Mitsubishi Pajero yang masih dimiliki keluarga tokoh korporat terbabit.

Mendakwa nafasnya “hampir berhenti” apabila melihat gambar berkenaan, Faekah kemudian membuat semakan kepada keluarga Abdul Khalid sama ada ia sudah dilupuskan atau tidak.

“Tidak, dan masih atas nama Tan Sri (Abdul Khalid). Calon PM guna kereta dgn plate palsu? Berani dan serakahnya. @JPJ_Malaysia over to you,” ciapnya pagi tadi.

Bagaimanapun, semakan Malaysiakini mendapati plat kereta BMW yang dinaiki Anwar itu sebenarnya BEM 1.

Sumber yang mempunyai akses kepada maklumat pendaftaran kenderaan menunjukkan memang ada Pajero dengan nombor plat didaftarkan atas nama Abdul Khalid.

ada masa sama sebuah BMW 7 Series yang sepadan dengan ciri-ciri pada kereta yang digunakan Anwar dalam video itu telah didaftarkan sebagai BEM 1.

Ia kemudian disahkan oleh orang dalam PKR yang menunjukkan gambar kenderaan yang digunakan oleh Anwar untuk kempennya bagi pilihan raya umum (PRU) kali ini.

Ucap alhamdulillah

Sementara itu, semakan awal juga mendedahkan bahawa BEM 1 pernah dimiliki oleh seorang lagi bekas menteri besar Selangor, Muhammad Muhammad Taib.

Ketika dihubungi, Muhammad mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa BEM 1 adalah nombor plat Mercedes miliknya semasa menjadi menteri besar, tetapi hak pemilikan telah berpindah tangan.

“Saya dah jual dah… 15 tahun dulu dah jual dah,” katanya.

Ditanya sama ada Muhammad tahu atau tidak siapa pemilik baru nombor BEM 1 itu, bekas naib presiden Umno berkenaan menjelaskan dia menjual kereta terbabit melalui ejen, justeru tidak mempunyai maklumat mengenainya.

Anwar semasa berdialog dengan pelajar semalam berkata kereta itu dipinjamkan oleh seorang yang dikenali sebagai “Datuk Sham” kepadanya.

“Kereta 7 Series yang saya gunakan sekarang, bukan milik saya. Ia dipinjamkan kepada saya oleh Datuk Sham. Dia kata ‘anda gunakan ini sesatu bulan’.

“Jadi saya bukan hipokrit. Ada orang, mereka pakai kereta mewah (di ibu negara) tapi bila balik kawasan, mereka pandu Proton Saga,” katanya.

Mengetahui tersilap dalam pandangannya, Faekah kelihatan tidak kesal apabila netizen memaklumkan kekeliruan tersebut.

Bagaimanapun, dia mengulang ciap satu jawapan yang menjelaskan plat pada BMW yang dipinjamkan kepada Anwar itu ialah BEM 1 dan bukannya BEN 1.

“Alhamdulillah,” katanya dalam ciapan semula tersebut.

Baca Lagi:
Mati ketika mesyuarat PAS lebih mulia dari mati ketika sujud dalam solat
Syamsul Yusof tunjuk cara bijak guna duit, bukan main saham nak jadi kaya
Wanita ketakutan tengok barang sampai bentuk macam mayat atas pagar rumah, semuanya terbongkar selepas suami balik
CATEGORIES