Senyuman terakhir budak 10 tahun sebelum meninggal makan kek beracun

Senyuman terakhir budak 10 tahun sebelum meninggal makan kek beracun

Senyuman terakhir budak 10 tahun sebelum meninggal makan kek beracun. Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di Patiala, Punjab, India telah meninggal dunia akibat disyaki keracunan makanan pada 25 Mac selepas menikmati kek coklat semasa sambutan hari jadinya.

Menurut laporan NDTV, datuk kepada kanak-kanak yang malang itu memberitahu bahawa keseluruhan keluarga termasuk adik perempuannya jatuh sakit selepas memakan kek tersebut yang telah ditempah secara dalam talian dari sebuah kedai roti.

Apa yang lebih menyayat hati, budak perempuan yang dikenali sebagai Manvi sempat dirakam memotong kek itu dengan senyuman di wajahnya di hadapan keluarganya semasa majlis sambutan ulang tahunnya.

Senyuman terakhir budak 10 tahun sebelum meninggal makan kek beracun

Video tersebut kemudiannya tersebar luas di media sosial selepas kematian Manvi.

Media melaporkan bahawa majlis sambutan hari jadi itu berlangsung pada sekitar pukul 7 malam pada 24 Mac.

Bagaimanapun, menjelang pukul 10 malam pada hari yang sama, beberapa ahli keluarga yang mengambil kek tersebut mula mengalami sakit perut, dan beberapa daripada mereka termuntah.

Pada masa yang sama, Manvi mengadu tentang rasa dahaga yang teruk dan mulutnya yang kering. Dia juga meminta air sebelum tidur.

Walau bagaimanapun, kesihatan Manvi semakin merosot dan keluarganya terpaksa membawa dia ke hospital keesokan harinya.

Di hospital, walaupun usaha pakar perubatan memberi sokongan oksigen dan melakukan elektrokardiogram (ECG) untuk memantau aktiviti jantungnya, Manvi tidak dapat diselamatkan dan dilaporkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Keluarga mangsa mendakwa bahawa kejadian itu mungkin disebabkan oleh kek coklat yang diperolehi dari sebuah kedai roti.

Polis tempatan sedang menyiasat kedai roti tersebut atas tuduhan kematian kerana kecuaian dan penjualan makanan atau minuman berbahaya.

Walau bagaimanapun, tiada tangkapan dilaporkan sehingga Ahad, lima hari selepas tragedi berlaku hampir seminggu yang lalu.

Baca Lagi:
Ramai yang suka letup-letup tangan, doktor ini dedah kesan yang akan berlaku pada masa akan datang
‘Bila balik, ada je kerja suruh buat’, Isteri tak nak balik raya kampung suami, jadi kuli mentua
Asal- usul Datuk Gong ‘Dewa Melayu’ yang disembah hingga sekarang
CATEGORIES