Wanita ditikam bekas kekasih kerana enggan keluar bersama

Wanita ditikam bekas kekasih kerana enggan keluar bersama

Wanita ditikam bekas kekasih kerana enggan keluar bersama.

Polis memburu seorang lelaki selepas dipercayai menikam bekas kekasihnya menggunakan pisau dan mencederakan rakan mangsa di kaki lima di Jalan Tun Sri Lanang, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.20 petang itu, mangsa yang berusia 23 tahun mengalami kecederaan parah di tangan dan dikejarkan ke zon merah Hospital Melaka, manakala rakannya 25 tahun cedera di telinga.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihak polis menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 6.26 petang dan sepasukan polis bergegas ke lokasi untuk pemeriksaan.

Wanita ditikam bekas kekasih kerana enggan keluar bersama

Asisten Komisioner Christopher Patit

“Setiba di lokasi, suspek telah pun melarikan diri, manakala dua wanita yang mengalami kecederaan dikejarkan ke hospital.

“Mangsa mendakwa suspek adalah bekas kekasihnya berusia 22 tahun dan diserang menggunakan pisau apabila dia enggan keluar bersama lelaki itu selepas menamatkan hubungan mereka dua minggu lalu,”katanya ketika dihubungi pemberita.

Tambahnya, ketika kejadian mangsa telah menahan serangan suspek menggunakan tangannya sebelum rebah dan rakannya yang cuba membantu turut tercedera di bahagian telinga.

Mengulas lanjut beliau Christopher berkata, suspek dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta dan nombor kenderaan dicam oleh saksi di tempat kejadian.

“Gambar suspek juga telah diperolehi dan pasukan dari Cawangan D7, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah sedang memburu lelaki berkenaan.

“Setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah,” katanya.

Baca Lagi:

Wanita maut ditikam setelah tolak lamaran, mahkamah cadang suspek dihukum gantung ‘LIVE

Anggota polis ditikam ketika tahan suspek pecah rumah

Tikam ibu hingga mati selepas dengar bisikan halus ‘sembah berhala’

CATEGORIES