Suspek pecah cermin kereta wanita, tak sangka ini yang terjadi bila polis serbu rumahnya

Suspek pecah cermin kereta wanita, tak sangka ini yang terjadi bila polis serbu rumahnya

Suspek pecah cermin kereta wanita, tak sangka ini yang terjadi bila polis serbu rumahnya.

Pengalaman bertemu dengan pemandu baran sememangnya satu momen yang paling menyakitkan hati.

Hal tersebut dialami sendiri oleh seorang pemandu wanita apabila berhadapan dengan pemandu lelaki yang bertindak agresif dengan cuba menyerangnya yang berada di dalam kereta.

Meluru bawa pisau berbungkus kain Menerusi satu video tular yang dikongsikan Facebook IRDK respond Team, seorang lelaki telah memberhentikan kereta di tepi jalan sebelum meluru ke arah kereta di belakangnya dengan membawa sebilah pisau yang telah digulung dengan kain bagi memecahkan cermin tingkap kereta.

Pecahkan cermin tingkap sebab tak puas hati Dalam perdebatan yang dibuat oleh lelaki dan wanita di dalam kereta menggunakan dialek Kelantan, dapat didengar yang lelaki itu tidak berpuas hati dengan pemandu wanita tersebut kerana dipercayai mengubah laluan ke kiri dan ke kanan sehingga kereta Vios pinjam yang dipandunya melanggar sesuatu.

Disebabkan pemandu wanita itu seakan membuat tidak tahu sahaja, lelaki berkenaan berasa tidak puas hati dan meluru sambil membawa pisau berbalut kain ke arah kereta wanita terbabit sebelum memecahkan tingkap kereta.

Suspek pecah cermin kereta wanita, tak sangka ini yang terjadi bila polis serbu rumahnya

Ajak ke balai terus nak settle ‘tepi’

Wanita tersebut juga yang sudah bersedia dengan kamera telefon telah merakam perbuatan lelaki tersebut sebelum menyuarakan hasrat membawa kes ini ke balai polis.

Namun, secara tiba-tiba emosi lelaki tersebut mulai kendur dan hanya mahu perkara berkenaan diselesaikan tanpa campur tangan pihak polis. Dia juga mahu membayar cermin tingkap yang dipecahkan dan wanita itu membayar ganti rugi kerosakan keretanya.

Ajak ke balai terus kendur suara Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan maklum balas menyelar tindakan biadap lelaki terbabit kerana bertindak agresif dengan mengeluarkan senjata tajam dengan niat menakut-nakutkan pemandu lain.

Walaupun tidak dapat dipastikan kejadian sebenar yang berlaku antara mereka, namun video yang dikongsikan jelas menunjukan perbuatan seorang pembuli jalan raya sehingga boleh membahayakan pemandu lain.

Dipercayai melarikan diri.

Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memecahkan cermin kereta dan mengugut pemandu wanita di Simpang Empat Limbat, Khamis lalu.

Polis turut melakukan serbuan di rumah suspek di Nilam Puri pada jam 2.30 pagi tadi namun lelaki berusia lingkungan 40-an itu tiada di kediaman dipercayai melarikan diri.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, dalam kejadian 5.45 petang Khamis lalu, mangsa berusia 35 tahun memandu Perodua Axia berseorangan di Simpang Empat Limbat.

Suspek pecah cermin kereta wanita, tak sangka ini yang terjadi bila polis serbu rumahnya

“Kenderaan mangsa dihimpit Toyota Vios yang dipandu suspek tidak dikenali.

“Secara tiba-tiba suspek menghalang laluan mangsa dan berhenti di tengah jalan. Suspek kemudian menghampiri kereta wanita itu lalu memecahkan cermin serta mengugut mangsa.

“Suspek sudah dikenal pasti dan pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Bharu dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan menjalankan pemeriksaan serta serbuan di kediaman suspek di Nilam Puri namun lelaki itu menghilangkan diri,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Terdahulu dua rakaman video masing-masing berdurasi dua minit 16 saat dan 36 saat mengenai kejadian itu tular di media sosial sejak semalam.

Muhamad Zaki berkata, usaha mengesan suspek sedang digerakkan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 279 KK dan 427 KK.

“Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara selama tempoh enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya bagi kesalahan memandu dengan berbahaya dan hukuman penjara selama dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya bagi kesalahan khianat harta benda.

“Bagi kesalahan mendatangkan ugutan jenayah, jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara selama tempoh sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

“Sehubungan itu, kami mengingatkan orang ramai supaya tidak bertindak mengikut perasaan tanpa pertimbangan yang sewajarnya dan tindakan tegas akan diambil jika perkara itu mendatangkan ancaman kepada individu yang lain,” katanya.

Baca Lagi:

Tak tahan tunggu lama, pemandu lori ketuk cermin kereta depan ajar sesuatu yang baru

Lelaki bakar pondok, pecahkan cermin kereta setelah gagal cari isteri

Pengemis berang tak diberi wang, pukul cermin kereta dengan selipar

CATEGORIES