(Video) Geng mabuk buat hal di taman kanak-kanak, siap baling botol arak

(Video) Geng mabuk buat hal di taman kanak-kanak, siap baling botol arak

(Video) Geng mabuk buat hal di taman kanak-kanak, siap baling botol arak.

Seorang lelaki tidak berpuas hati dengan tindakan individu yang berjaya merakam perbuatan kumpulan mereka sedang minum minuman keras di sebuah taman permainan awam.

Berdasarkan perkongsian video yang dimuat naik oleh @isusemasaviral di Twitter, perbuatan mereka dirakam oleh seorang individu yang tidak berada di kawasan tersebut menggunakan dron.

(Video) Geng mabuk buat hal di taman kanak-kanak, siap baling botol arak

Ketika kejadian seorang lelaki bertindak membaling botol minuman keras ke arah dron tersebut kerana dipercayai tidak senang akan kehadiran alat kawalan jauh berkenaan.

Namun balingan tersebut tidak mengenai sasaran sekali gus dron tersebut berjaya merakam keseluruhan kejadian dan berlalu pergi dari kawasan terbabit.

Tinjauan Majoriti di ruangan komen mendapati kejadian tersebut dipercayai berlaku di Klang, Selangor dan ada juga bimbang dengan keselamatan kanak-kanak yang berkunjung ke taman permainan tersebut.

“Taman permainan kanak-kanak jadi tempat lepak minum mabuk mabuk, bayangkan kalau ada budak-budak yang pergi, apalah nasib budak itu kan,” kata @isusemasaviral.

“Minum satu hal, budak datang main boleh luka sebab kaca botol yang pecah itu,” jelas @ddosboss7.

“Geng-geng ini memang, hidup kalau tak menyusahkan orang memang tak sah,” ujar @h4uss.

Belum ada sebarang kenyataan pihak berkuasa berhubung kejadian itu setakat ini.

Baca Lagi:
Tular video wanita belasah suami dengan kasut setelah ‘kantoi’ berdua-duan dengan perempuan lain di bilik hotel
44 senarai harta yang dimiliki oleh Taib Mahmud didedah
(Video) Bos tengking pekerja secara melampau, “kerja, kerjalah! kenapa masa kerja nak makan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *