[VIDEO] 2 lelaki tempa nama Guinness World Records dengan berjalan atas kabel lintas kawah gunung berapi

[VIDEO] 2 lelaki tempa nama Guinness World Records dengan berjalan atas kabel lintas kawah gunung berapi

[VIDEO] 2 lelaki tempa nama Guinness World Records dengan berjalan atas kabel lintas kawah gunung berapi. Dua penggemar aktiviti pengembaraan ekstrem berjaya menempa nama dalam Guinness World Records dengan berjalan di atas kabel kendur melintasi sebuah gunung berapi aktif di Vanuatu, lapor laman berita Mirror Now kelmarin.

Organisasi rekod dunia itu baru-baru ini berkongsikan video memaparkan aksi Rafael Zugno Bridi dan Alexander Schulz berjalan di atas kabel pada ketinggian 42 meter (m) di atas kawah Gunung Berapi Yasur di Pulau Tanna.

Kedua-dua mereka dilihat memakai topeng gas dan topi keledar serta cuba mengimbangi badan ketika berjalan di atas tali kendur sambil diikat dengan abah-abah.

[VIDEO] 2 lelaki tempa nama Guinness World Records dengan berjalan atas kabel lintas kawah gunung berapi

Turut dapat dilihat adalah lahar gunung berapi berwarna merah di bahagian bawah laluan tali tersebut ketika mereka berjalan.

Pasangan dua tersebut berjaya menamatkan laluan sepanjang 261 m itu bagi mencipta rekod dunia.

“Gambar yang menunjukkan terdapat letusan lahar di belakang saya membuktikan bagaimana minat dan dedikasi boleh menjadikan impian satu kenyataan.

“Mengimbangi badan di atas garisan kendur di lokasi tersebut bukan mudah dan disebabkan itu, pencapaian ini amat penting,” kata Bridi.

Baca Lagi:

Bapa jutawan, tapi nafkah anak hanya RM5,000 sebulan dedah bekas isteri DDNK

Warga emas pasang 9 penyaman udara di rumah, sanggup bayar bil RM32,900 sebulan

Dua murid hampir diculik oleh lelaki di hadapan sekolah

CATEGORIES