Usul undi percaya di Parlimen 19 Disember uji keabsahan Kerajaan Perpaduan – PM

Usul undi percaya di Parlimen 19 Disember uji keabsahan Kerajaan Perpaduan - PM

Usul undi percaya di Parlimen 19 Disember uji keabsahan Kerajaan Perpaduan – PM. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin dengan majoriti dimiliki Kerajaan Perpaduan dan bersedia menguji keabsahannya di Parlimen.

Katanya, beliau bersedia berbuat demikian dengan mengusulkan undi percaya pada hari pertama sidang Parlimen pada 19 Disember depan.

“Saya ingin menyatakan kesediaan menguji keabsahan Kerajaan Perpaduan di Parlimen.
“Saya ingin jelaskan di sini bahawa kita menetapkan sidang parlimen pada 19 hari bulan ini dan usul pertama selain angkat sumpah adalah usul dari kerajaan undi percaya.,” katanya dalam sidang media pertama sebagai Perdana Menteri sebentar tadi.

Usul undi percaya di Parlimen 19 Disember uji keabsahan Kerajaan Perpaduan  - PM

Beliau berkata, sepatutnya isu keabsahan tidak berbangkit kerana Kerajaan Perpaduan memiliki majoriti mencukupi.

“Penyertaan setakat ini sehingga sebelum saya mengangkat sumpah adalah membabitkan tiga komponen terbesar iaitu Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan GPS.

“Pakatan Harapan sebagai blok terbesar, diikuti BN dan GPS. Saya dapat pengesahan daripada Tan Sri Abang Johari Tun Openg bahawa mereka bersama dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Baca Lagi:
Ringgit naik mendadak 1.5% selepas Anwar PM ke-10
PM-10 | Perdana Menteri kotakan janji pertama, Anwar umum cuti Isnin ini
Ini kata-kata Anwar Ibrahim kepada rakyat selepas mengangkat sumpah Perdana Menteri ke-10

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *