Ringgit naik mendadak 1.5% selepas Anwar PM ke-10

Ringgit naik mendadak 1.5% selepas Anwar PM ke-10

Ringgit naik mendadak 1.5% selepas Anwar PM ke-10. Pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, menyaksikan Ringgit meningkat setinggi 1.5 peratus, pergerakan terbaik sejak hampir dua minggu lalu.

Ekuiti juga meningkat dua peratus, selepas pembentukan kerajaan baharu PH, sejak berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu lalu.

Bernama melaporkan pasaran saham Malaysia telah mengakhiri sesi pagi dengan kukuh, dengan indeks utama meningkat sebanyak 2 peratus.

Ringgit naik mendadak 1.5% selepas Anwar PM ke-10

Ia berikutan momentum belian berterusan di tengah-tengah sentimen pasaran yang bertambah baik pada kedua-dua tempatan dan luaran.

Kemudian penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 28.94 mata kepada 1,472.44 daripada 1,443.5 pada Rabu.

Saham pandu pasaran dibuka 7.18 mata lebih tinggi pada 1,450.68.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 261 berbanding 92 manakala 190 kaunter tidak berubah, 1,790 tidak diniagakan dan 84 yang lain digantung.

FBM KLCI melonjak lagi 14.83 mata sebaik sahaja dibuka untuk sesi dagangan harian kedua iaitu pada jam 2.30 petang selepas berita mengenai pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10.

Secara keseluruhannya, dagangan harian hingga setakat jam 2.30 petang KLCI meningkat 3.01 peratus atau 43.40 mata kepada 1,486.79 mata berikutan kemelut politik selepas PRU15 berakhir.

Baca Lagi:
Kata-kata Nurul Izzah buat papa selepas dilantik PM10
Selepas kalahkan Argentina 2-1, Putera Mahkota Arab Saudi hadiahkan Rolls Royce Phantom bernilai RM2.5juta kepada setiap pemain Arab Saudi
[TERKINI] Istana perkenan Anwar Ibrahim PM ke-10, angkat sumpah 5 petang hari ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *