PM beri bayangan calon TPM dari BN, GPS

PM beri bayangan calon TPM dari BN, GPS

PM beri bayangan calon TPM dari BN, GPS. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan calon Timbalan Perdana Menteri akan diisi sama ada oleh wakil Barisan Nasional (BN) atau Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Beliau berkata, jawatan itu akan diisi dari komponen kuat yang lain.

Bagaimanapun beliau berkata, perkara itu belum dibincangkan dan akan dimaklumkan nanti.

PM beri bayangan calon TPM dari BN, GPS

“Saya beritahu bila saya dah tahu,” katanya semasa sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya adakah `kluster mahkamah’ akan diberikan jawatan dalam Kabinet, beliau memerlukan masa untuk membincangkan perkara tersebut.

“Pendirian PH jelas, tetapi oleh kerana ini adalah kerajaan perpaduan maka, kita akan berbincang dengan yang lain.

“Bagi ruang untuk kita berbincang,” katanya.

Baca Lagi:
Presiden Indonesia Jokowi antara yang terawal hubungi Anwar ucap tahniah
PM-10 | Perdana Menteri kotakan janji pertama, Anwar umum cuti Isnin ini
Ini kata-kata Anwar Ibrahim kepada rakyat selepas mengangkat sumpah Perdana Menteri ke-10
CATEGORIES