Laluan utama Jalan Kuala Terengganu-Kuantan ditutup mulai hari ini, 04 April hingga 07 April 2023. Laluan utama Jalan Kuala Terengganu Kuantan ditutup mulai hari ini, 04 April hingga 07 April 2023.
Siaran media Ketua Polis Daerah Dungun memaklumkan hebahan awal penutupan jalan tersebut berikutan kerja-kerja ‘launching beam’ jambatan ECRL Rub 3, Bridge 3 CH217+116 yang akan bermula pada tarikh berkenaan.
Laluan Jalan Kuala Terengganu Kuantan (Laluan T 118) akan ditutup secara kekal dari jam 9:00 pagi hingga 12:30 tengahari dan dari jam 02:00 petang hingga 05:00 petang.
Bagaimanapun, pihak berkuasa telah menetapkan laluan alternatif ke Kuala Terengganu atau Kuantan seperti berikut:
Memetik kenyataan, semua pengguna dinasihatkan agar merancang perjalanan pada hari-hari tersebut dan sentiasa peka serta patuh terhadap arahan pegawai trafik yang bertugas dari masa ke semasa.
Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh berhubung dengan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun di talian 09-8482222.