Dr. Rozaime dedah surat JAIPs pelawa Ustaz Wadi Annuar mohon tauliah, tapi…..

Dr. Rozaime dedah surat JAIPs pelawa Ustaz Wadi Annuar mohon tauliah, tapi…..

Dr. Rozaime dedah surat JAIPs pelawa Ustaz Wadi Annuar mohon tauliah, tapi…… Dakwaan pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar bahawa beliau tidak pernah dipelawa memohon tauliah untuk menyampaikan ceramah agama di Perlis, tidak benar sama sekali.

Bahkan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) menerusi surat bertarikh 3 Julai 2019 membuktikan Ustaz Wadi pernah dipelawa berbuat demikian.

Hal ini didedahkan Ahli Jawatankuasa Fatwa Perlis, Dr. Rozaime Ramle yang menyatakan, surat meminta Ustaz Wadi memohon tauliah telah dikemuka sejak 2019.

Dr. Rozaime dedah surat JAIPs pelawa Ustaz Wadi Annuar mohon tauliah, tapi.....

“Setelah bertanya kepada JAIPs, mereka akui telah menjemput Ustaz Wadi untuk memohon tauliah sejak 2019 lagi.
“Surat ini sebenarnya sulit, tetapi Ustaz Ahmad Husam Baderudin telah memuat naik di Facebooknya terlebih dahulu,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Semalam, Ustaz Wadi mendakwa tidak pernah dipelawa untuk membuat permohonan tauliah melalui JAIPs sebelum ini.

Malah, beliau juga belum pernah mengadakan perjumpaan dengan JAIPs seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Ustaz Wadi berharap penjelasan itu akan merungkai kekeliruan dan memperbetulkan semula persepsi negatif selepas kekecohan yang berlaku di program Solat Terawih dan Sembang Santai bersama Ustaz Wadi Annuar di Markaz Tarbiyah Pas Kawasan Kangar, baru-baru ini.

Jabatan Mufti Negeri Perlis yang mengeluarkan tauliah dan JAIPs yang melaksanakan penguatkuasaannya dalam kenyataan media mendakwa, Ustaz Wadi sudah ditawarkan dan dipelawa untuk memohon tauliah.

Menerusi surat pelawaan itu, Ustaz Wadi diminta mengemukakan permohonan kebenaran mengajar agama dalam negeri Perlis secara one-off kepada Jabatan Mufti Perlis iaitu pada 14 hari bekerja daripada tarikh program dirancang bagi membolehkan beliau menyampaikan program kuliah agama.

Surat itu dikemukakan pada tarikh berkenaan selepas mendapati Ustaz Wadi akan terlibat dengan program Kuliah Maghrib Perdana di kompleks Pendidikan MATIN, Perlis pada 7 Julai 2019.

Menerusi pendedahan surat itu, Dr. Rozaime mengemukakan pertanyaan, adakah Ustaz Wadi menipu sehingga menafikan JAIPs pernah menjemputnya untuk memohon tauliah?

“Atau adakah Ustaz Wadi pelupa dan dia perlu tarik balik kenyataan media dia yang separuh masak ini? Lupa itu biasa kerana ada saja orang yang kata, “saya baca, tapi lupe”.

“Atau adakah Encik Husam dapat surat ini lalu tidak bagi (kepada) Wadi Annuar surat ini? Bak kata orang: Member buka surat member, lepas itu sorokkannya dan buat diam?,” soal beliau.

Kata Dr. Rozaime, jika benar persoalan itu, Ustaz Wadi kena minta surat berkenaan daripada Husam, tetapi perlu minta dengan beradab kerana Husam adalah Ahli Majlis Penasihat MATIN.

Baca Lagi:
Wanita terkejut ada makhluk menyerupai dirinya ganggu pakwe selepas dating, siap tiru tabiat wanita itu berdiri depan tingkap
Kisah seram disebalik lagu ‘menanti kekasih’ yang dikeluarkan 3 hari selepas kematian penyanyi Alda Risma
Cara mudah nak hilangkan ‘watermark’ pada cermin kereta, guna 3 bahan ni je
CATEGORIES