Tukar kerajaan: Perakuan bersumpah Ahli Parlimen tidak diterima istana, hanya terima dari ketua parti sahaja

Tukar kerajaan: Perakuan bersumpah Ahli Parlimen tidak diterima istana, hanya terima dari ketua parti sahaja

Tukar kerajaan: Perakuan bersumpah Ahli Parlimen tidak diterima istana, hanya terima dari ketua parti sahaja. Penubuhan kerajaan baharu hanya boleh dilaksanakan, sekiranya mana-mana ketua parti politik menghantar surat dan menyatakan menarik sokongan terhadap kerajaan, bukannya dengan tandatangan perakuan sumpah (SD) daripada individu semata-mata.

Penganalisis politik daripada Pusat Perdana Fakulti Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali, berkata ia adalah yang termaktub dalam Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663) yang melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti atau anti lompat parti yang dilaksanakan pada Oktober lalu.

Tukar kerajaan: Perakuan bersumpah Ahli Parlimen tidak diterima istana, hanya terima dari ketua parti sahaja

“Sekarang ini, negara sudah mempunyai undang-undang anti lompat parti, melaluinya SD oleh individu tidak akan diterima oleh istana. Kerana seorang ahli Parlimen mesti patuh kepada keputusan parti.
“Kalau dengan kumpul SD, ia hanyalah perkara sia-sia kerana ia tidak laku dan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak akan terima.
“Agong hanya mahu terima mengadap ketua parti, sebagai contoh, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang mengeluarkan kenyataan tarik sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Jika perkara ini berlaku, boleh tukar kerajaan. Tapi kalau setakat SD individu sahaja, saya tidak nampak kerajaan boleh bertukar,” katanya kepada BH, hari ini.

Sebelum ini, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Dr Muhammad Faiz Na’aman memberi bayangan terdapat gerakan untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Bayangan itu dikuatkan lagi dengan status yang dimuatnaik di Facebook miliknya berkaitan angka 126 kerusi yang dikaitan dengan jumlah ahli parlimen yang menyokong Perikatan Nasional.

Berikutan desas-desus itu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan mencabar mana-mana pihak yang mendakwa mempunyai sokongan mencukupi bagi menumbangkan kerajaannya untuk mengemukakan usul berkenaan di sidang Parlimen hujung bulan ini.

Katanya, ini kerana beliau bukanlah seorang Perdana Menteri yang takut seperti pimpinan negara terdahulu apabila memilih untuk menangguhkan sidang Parlimen serta mengisytiharkan darurat bagi mengelakkan daripada ‘bertempur’.

Dalam pada itu, mengulas mengenai tindakan Anwar mencabar individu terbabit mengusulkan undi tidak percaya kepada dirinya di Parlimen, Mazlan berkata Ahli Parlimen Tambun itu adalah seorang yang berani dan pantang dicabar.

“Sebelum ini memang tiada Perdana Menteri yang mahu lakukan undi tidak percaya, tetapi Anwar ini walaupun seorang yang sensitif namun dia berani.

“Ada beberapa sebab mengapa Anwar mengambil tindakan berkenaan, antaranya dia mahu hentikan spekulasi bahawa kerajaannya sedang goyah dan kedua dia cuba matikan hujah bahawa terdapat percubaan untuk gulingkan kerajaan,” katanya.

Baca Lagi:
10 individu terkaya di Malaysia, no 1 dari dulu sampai sekarang tiada siapa dapat melepasi hartanya
Pengarah Media PMO dipecat diberi notis 24jam
5 filem P.Ramlee yang tidak ditayangkan di kaca tv sampai sekarang, ini sebabnya yang ramai tak tahu
CATEGORIES