KJ minta rakyat Malaysia doakan kesihatan Pak Lah

KJ minta rakyat Malaysia doakan kesihatan Pak Lah

KJ minta rakyat Malaysia doakan kesihatan Pak Lah. Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, meminta orang ramai untuk mendoakan kesihatan bapa mentuanya yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang kini semakin merosot.

Khairy Jamaluddin berkata, Abdullah atau lebih mesra dipanggil Pak Lah itu nampak sihat namun pemikirannya dan memorinya semakin lemah.

“Ada soalan yang saya nampak dan ingin mengetahui mengenai perkembangan terkini Pak Lah. Tubuh badannya nampak sihat, Alhamdulillah, tetapi daripada segi fungsi mindanya, tahapnya semakin merosot dan berada pada tahap ‘advance’.
“Jadi saya minta orang ramai untuk doakan kesihatan dan kesejahteraannya,” katanya menerusi Podcast Keluar Sekejap (KS) yang dikendalikan bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.

paklah

Terdahulu, bekas Ketua Pemuda UMNO itu ketika menjadi Menteri Kesihatan mendedahkan mengenai penyakit demensia yang dihidapi oleh Pak Lah.

Katanya, Pak Lah mula menunjukkan tanda kemerosotan kognitif (cognitive impairment) sejak 2009 selepas beliau bersara daripada jawatan Perdana Menteri.

Menurut Khairy Jamaluddin, pada ketika itu beliau bertanyakan pandangan keluarga mentuanya sama ada boleh berkongsi mengenai kesihatan Pak Lah kepada umum.

KJ minta rakyat Malaysia doakan kesihatan Pak Lah

“Kerana bagi saya penting untuk kita berikan perhatian dan tumpuan kepada penyakit demensia atau kognitif ini. Sebab kini semakin ramai orang tua menghidap penyakit demensia ini.

“Jadi saya maklumkan sebelum ini bahawa Pak Lah menghidap demensia, walaupun tubuh badannya sihat tetapi penyakit ini memberi kesan kepada pemikiran beliau, tahap memori dan ingatannya tiada,” katanya.

Baca Lagi:
5 filem P.Ramlee yang tidak ditayangkan di kaca tv sampai sekarang, ini sebabnya yang ramai tak tahu
10 individu terkaya di Malaysia, no 1 dari dulu sampai sekarang tiada siapa dapat melepasi hartanya
Pengarah Media PMO dipecat diberi notis 24jam
CATEGORIES