Jurulatih bola sepak terkenal ditahan polis, ugut adik ipar dengan pisau

Jurulatih bola sepak terkenal ditahan polis, ugut adik ipar dengan pisau

Jurulatih bola sepak terkenal ditahan polis, ugut adik ipar dengan pisau. Gara-gara tindakannya mengugut adik ipar lelaki selepas berlaku perselisihan faham, seorang jurulatih bola sepak ditahan pihak polis.

Mengugut dengan pisau

Memetik laporan Harian Metro, suspek yang berusia 41 tahun dikatakan mengugut mangsa yang berusia 31 tahun dengan pisau di kediaman keluarga mentua mangsa sekitar jam 2 pagi.

Jurulatih bola sepak terkenal ditahan polis, ugut adik ipar dengan pisau

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mangsa kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian kerana risau akan keselamatan dirinya sebelum pihak polis melakukan tangkapan ke atas suspek.

Pihak polis juga sudah merampas beberapa barang kes disyaki digunakan dalam kes ini.

Semakan rekod jenayah lampau dapati suspek mempunyai satu rekod jenayah tidak dikehendaki.

Ujian saringan awal air kencing juga dapati negatif di mana suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut,

Kes kini akan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan sekiranya suspek didapati bersalah, suspek boleh berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Baca Lagi:
10 individu terkaya di Malaysia, no 1 dari dulu sampai sekarang tiada siapa dapat melepasi hartanya
Rumah tiada aircond?, ini 3 jenis pokok yang boleh ganti sebagai aircond di rumah
5 filem P.Ramlee yang tidak ditayangkan di kaca tv sampai sekarang, ini sebabnya yang ramai tak tahu
CATEGORIES