Pengarah Media PMO dipecat diberi notis 24jam

Pengarah Media PMO dipecat diberi notis 24jam

Pengarah Media PMO dipecat diberi notis 24jam. Berita pemecatan Datuk Wan Nurzila Abdul Rahman daripada jawatan Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Strategik Perdana Menteri pada Khamis masih menjadi tanda tanya ketika ini.

Kesahihan isu itu belum dapat dipastikan mana-mana pihak dengan beliau dikatakan telah diberhentikan dengan notis 24 jam daripada perkhidmatannya.

Difahamkan, perkara itu berpunca akibat krisis komunikasi dihadapi dalam kalangan jentera Perdana Menteri dalam mengendalikan kempen Malaysia Madani diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Media PMO dipecat diberi notis 24jam

Selain itu, masalah antara PMO dan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dikatakan antara punca utama penamatan tugas Wan Nurzila susulan hala tuju berbeza yang sekali gus menyebabkan imej kerajaan ketika ini kian lemah.

Mengulas lanjut berhubung berita terbabit, Ketua Pengarah J-KOM di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohammad Agus Yusoff mendakwa tidak tahu menahu tentang hal tersebut.

Ketika ditanya sejauh mana kesahihan berita itu, Mohammad Agus berkata, beliau tidak dapat memberikan komen berkenaan isu terbabit kerana beliau di bawah jabatan berlainan.

“Saya tak ada apa nak komen, saya tak tahu dan kami berlainan jabatan.
“Setakat ini saya memang tak tahu tentang hal yang diperkatakan jadi saya enggan mengulas lanjut berkenaan status beliau, apa-apa kita tunggu dan lihat,” ujarnya.

Dalam pada itu, usaha mendapatkan Wan Nurzila menemui jalan buntu apabila beliau tidak menjawab panggilan telefon ketika dihubungi.

Malah, Setiausaha Akhbar yang bertugas di jabatan beliau turut mengunci mulut ketika disoal dan sehingga kini belum menerima sebarang maklum balas berkaitan isu berkenaan.

Baca Lagi:
5 filem P.Ramlee yang tidak ditayangkan di kaca tv sampai sekarang, ini sebabnya yang ramai tak tahu
Setiap hari bagi makan, rupanya lelaki ini gunakan separuh daripada gaji kerja parking kereta untuk beli makanan anjing
5 makanan paling mahal yang ada di Malaysia, no 5 tak semua orang mampu beli
CATEGORIES