Tong gas tiba-tiba meletup, wanita melecur hampir seluruh badan

Tong gas tiba-tiba meletup, wanita melecur hampir seluruh badan

Tong gas tiba-tiba meletup, wanita melecur hampir seluruh badan. Seorang wanita melecur hampir seluruh badan selepas tong gas di rumahnya meletup dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, Khamis.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau, PBK II Zaiful Arif Mat Ariffin berkata, mangsa melecur hampir 60 peratus akibat terkena letupan tersebut.

Menurutnya, mangsa yang berusia 55 tahun dan tinggal bersendirian ketika kejadian dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

Tong gas tiba-tiba meletup, wanita melecur hampir seluruh badan

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 9.18 pagi berhubung kejadian tersebut. Selepas menerima aduan, sepasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian iaitu di sebuah rumah di Flat Taman Sri Bayu, Bayan Lepas.

“Ketika tiba di lokasi, pemeriksaan mendapati berlaku kebocoran pada tong gas memasak di rumah berkenaan menyebabkannya meletup lalu terbakar.

“Bagaimanapun, kebakaran dipadamkan orang awam sebelum bomba tiba di lokasi,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Jelasnya lagi, akibat letupan tersebut, beberapa bahagian rumah flat tersebut antaranya dapur dan bilik tidur rosak teruk.

“Operasi tamat pada jam 10 pagi dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Mangsa dilaporkan stabil dan sedang dirawat di hospital,” katanya.

Baca Lagi:
Senarai penuh Bantuan Rakyat melalui Belanjawan 2023
Kerani dicurigai memiliki empat kenderaan mewah termasuk jenis Rolls-Royce Phantom yang berharga RM6 juta
Upah RM400 sebulan, gadis 20 tahun selamba angkat buah kelapa sawit
CATEGORIES