Senarai penuh Bantuan Rakyat melalui Belanjawan 2023

Senarai penuh Bantuan Rakyat melalui Belanjawan 2023

Senarai penuh Bantuan Rakyat melalui Belanjawan 2023. Apa bantuan kewangan untuk rakyat dalam pembentangan Belanjawan 2023 kali ini?

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan telah membuat pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat. Ia merupakan belanjawan pertama dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani.

Melalui pembentangan yang dilakukan, sudah pasti rakyat ingin mengetahui apakah inisiatif dan senarai bantuan untuk rakyat yang dibentangkan.

Senarai penuh Bantuan Rakyat melalui Belanjawan 2023

Dalam pembentangan belanjawan kali ini, beberapa inisiatif akan dibentangkan dalam usaha kerajaan baharu Malaysia Madani menangani kos sara hidup.

Tema Belanjawan 2023 & Live Pembentangan
Belanjawan 2023 kali ini telah dirangka sebagai langkah sulung untuk menelusuri setiap rukun yang terkandung dalam kerangka MADANi yang telah diilhamkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.

Malaysia MADANI mewakili enam rukun iaitu:

M (Mampan)

A (Aman makmur)

D (Daya cipta)

A (Amanah keyakinan)

N (Nilai hormat)

I (Ihsan)

Dengan tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 memastikan langkah yang mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakkan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.

Belanja Mengurus dan Belanja Pembangunan

Senarai penuh Bantuan Rakyat melalui Belanjawan 2023

Belanjawan 2023 memperuntukkan RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan dan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

Senarai Bantuan Rakyat Melalui Belanjawan 2023

1. Kerajaan Tanggung Ujian Memandu

Senarai penuh Bantuan Rakyat melalui Belanjawan 2023

Kerajaan bersetuju menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2 dan lesen teksi, bas dan e-hailing.

2. Tarif Elektrik Kekal

Senarai penuh Bantuan Rakyat melalui Belanjawan 2023

Tarif elektrik dikekalkan kepada semua pengguna domestik & perniagaan PKS, namun dinaikkan pada semua syarikat besar.

3. Dana Pinjaman Usahawan Mikro

Senarai penuh Bantuan Rakyat melalui Belanjawan 2023

Kerajaan menyediakan RM1.7 billion dana pinjaman untuk usahawan mikro dan penjaja kecil disediakan kemudahan pinjaman di bawah agensi seperti Bank Negara Malaysia, BSN dan TEKUN.

4. Insentif PERKESO Graduan TVET

PERKESO akan menyediakan insentif kepada majikan yang menggaji 17 ribu graduan khususnya TVET sebanyak RM 600 sebulan selama tiga bulan sebagai tambahan kepada gaji yang ditawarkan. RM45 juta disediakan untuk tujuan ini.

5. Subsidi Yuran Taska

Kerajaan akan menyediakan subsidi yuran taska RM180 sebulan selain menaikkan had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah yang layak daripada RM5,000 kepada RM7,000 kepada penjawat awam.

6. Bayaran Latihan Pekerja Gig

Senarai penuh Bantuan Rakyat melalui Belanjawan 2023

Bayaran latihan untuk pekerja gig yang menjalani program peningkatan kemahiran micro credentials akan ditanggung oleh Kerajaan. Tanggungan sehingga RM4,000.

7. e-Tunai Belia Rahmah

Kepada 2 juta orang belia berusia 18 hingga 20 tahun, Kerajaan akan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 dengan peruntukan RM400 juta

8. Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Senarai penuh Bantuan Rakyat melalui Belanjawan 2023

Kerajaan telah menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1. Beberapa pembaharuan diambil kira supaya isi rumah yang benar-benar terkesan, mendapat manfaat yang lebih daripada STR. Antaranya:

  • Isi rumah pendapatan kurang 2,500 ringgit, layak terima sumbangan sehingga 2,500 ringgit bergantung kepada bilangan anak.
  • Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan 600 ringgit kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih. Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai 600 ringgit kepada mereka.
  • Ini bermakna, keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak terima sumbangan sehingga maksimum 3,100 ringgit.

9. My50

Dibawah Prasarana,Kerajaan meneruskan inisiatif pas bulanan My50 untuk manfaat hampir 180 ribu pengguna.

10. myBAS50

Prasarana juga secara rintis akan memperkenalkan Pas Perjalanan Tanpa Had myBAS50 untuk manfaat rakyat Johor Bharu yang menggunakan perkhidmatan bas henti-henti di bawah Program SBST

11. Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Senarai penuh Bantuan Rakyat melalui Belanjawan 2023

Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan bermula 1 Mac 2023 sehingga 20 peratus.

12. Penangguhan Bayaran Pinjaman PTPTN

Kerajaan bersetuju untuk memberikan penangguhan bayaran balik kepada peminjam berpendapatan bulanan 1,800 ringgit ke bawah untuk tempoh 6 bulan. Permohonan penangguhan ini boleh dibuat mulai 1 Mac depan.

13. Skim Peduli Kesihatan (PEKA B40)

Kerajaan menyediakan 80 juta ringgit bagi memperkasa Skim ini dengan turut merangkumi saringan penyakit kencing manis.

14. Jumlah Had Pelaburan ASB dan ASB 2 Ditingkatkan kepada RM200K

Jumlah had pelaburan individu Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) akan ditingkatkan kepada 300 ribu ringgit berbanding 200 ribu ringgit sebelum ini.

15. RM500 Tambahan Caruman Simpanan KWSP Akaun 1

Kepada ahli yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang 10 ribu ringgit di dalam Akaun 1 mereka, Kerajaan bersetuju untuk menambah caruman simpanan KWSP Akaun 1 mereka sebanyak 500 ringgit.

16. Kenaikan Kadar Maksimum Gantian Cuti Rehat (GCR)

Susulan kenaikan kadar maksimum gantian cuti rehat (GCR) daripada 160 kepada 180 hari, Kerajaan berhasrat untuk meneruskan cadangan menaikkan kebenaran penebusan awal GCR sehingga 50 peratus iaitu maksimum 90 hari. Ikhtiar ini diharap membantu penjawat awam yang memerlukan.

17. Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri

Senarai penuh Bantuan Rakyat melalui Belanjawan 2023

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak 700 ringgit kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak selain 350 ringgit juga akan disalurkan kepada pesara Kerajaan. Insya-Allah, bayaran akan dibuat pada bulan April 2023.

Lain-Lain Pengumuman

  • Pengurangan kadar cukai PMKS daripada 17% ke 15% ke atas pendapatan bercukai bagi RM150,000 pertama mulai tahun taksiran 2023.
  • Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan Cukai Barangan Mewah mulai tahun ini dengan had nilai tertentu mengikut jenis barang mewah. Antaranya jam tangan mewah dan barangan fesyen mewah.
  • Kerajaan menyediakan 50 juta ringgit bagi membina baharu dan menaik taraf melibat 3,000 gerai dan kiosk sebagai kemudahan penjaja kecil berniaga di lokasi tumpuan seluruh negara
  • Bank Pembangunan Malaysia Berhad menyediakan sehingga RM6 bilion pembiayaan strategik khusus untuk menggalakkan agenda mampan dan automasi
  • Kerajaan bercadang untuk membesarkan dan meningkatkan keupayaan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Subang
  • Kerajaan ercadang mengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape. Walaupun vape bernikotin masih tidak sah di sisi undang-undang, hakikatnya telah dijual secara berleluasa dan dianggarkan bernilai lebih 2 bilion ringgit. Alangkah baik sekiranya ia dikawal selia dan dikenakan cukai supaya tidak menggalakkan penggunaan vape.
  • Bermula 2024, aset simpanan syariah akan diasingkan sepenuhnya bagi memberi pulangan yang kompetitif kepada 1.25 juta ahli yang memiliki akaun syariah.
  • Kerajaan menyediakan 2.7 bilion ringgit untuk menyelenggarakan dan menaik taraf jalan persekutuan.
  • Sejumlah 10 juta ringgit disediakan bagi geran pengoperasian untuk mengukuhkan peranan NSRC.
  • Kerajaan memperuntukkan 250 juta ringgit untuk mempromosi pelancongan.
  • Sejumlah RM100 juta disediakan di bawah Skim Geran Pendigitalan PKS dan penjaja kecil .
  • Kerajaan akan memperkenalkan Skim Perubatan Madani khusus untuk golongan miskin mendapatkan rawatan kesihatan di klinik dan pengamal perubatan am swasta sepertimana yang dilaksanakan Kerajaan Selangor. Sebanyak 120 juta ringgit disediakan untuk tujuan ini.

Intipati Dan Bantuan Rakyat Dalam Bajet 2023 Kerajaan Sebelum ini

Bajet 2023 sebelum ini di bawah pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah dibentangkan oleh YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz selaku Menteri Kewangan Malaysia pada 7 Oktober 2022.

Untuk makluman beberapa bantuan yang dibentangkan oleh kerajaan sebelum ini telah dipersetujui oleh kerajaan baharu untuk diteruskan iaitu;

    1. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023)
    2. Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150 tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa
    3. Bantuan Musim Tengkujuh RM800
    4. Bantuan Khas Kewangan RM700 (penjawat awam) RM350 (pesara)

Persoalannya adakah beberapa bantuan rakyat yang disenaraikan di bawah akan diteruskan dalam Belanjawan 2023;

1. Inisiatif e-Pemula M40
Inisiatif e-Pemula M40: Kredit e-Dompet bernilai RM100 kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah RM100 ribu, memanfaatkan 8 juta individu

2. E-Pemula di naikkan kepada RM200
RM400 juta Program ePemula – Kredit RM200 one-off ke dalam akaun e-dompet belia berumur 18 – 20 tahun, dan pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas.

3. Inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia
RM500 Inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia: Bantuan tunai one-off, kepada ibu isi rumah penerima BKM yang lahirkan anak pada tahun 2023.

4. Inisiatif MySTEP
Inisiatif MySTEP diteruskan dengan menawarkan 50,000 penempatan pekerjaan dalam sektor awam dan GLC.

5. Diskaun Bayaran PTPTN
Diskaun bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN) Bermula 1 November 2022-30 April 2023

  • Diskaun 20 peratus untuk bayaran penuh
  • 15 peratus untuk penyelesaian sekurang-kurangnya 50 peratus baki hutang
  • 15 peratus utk bayaran secara potong gaji

6. My50
Inisiatif pas bulanan My50 untuk pengguna pengangkutan awam akan memanfaatkan hampir 180,000 pengguna

7. RM200 Bantuan untuk Pesawah
Bantuan kepada pesawah padi turut diperkenal semula untuk 2023 dengan memberi bantuan RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim.

8. Bantuan Aidilfitri Penjawat Awam
Bantuan kewangan untuk Hari Raya Aidilfitri buat penjawat awam akan dinaikkan kepada RM600 dan dibayar menjelang Mac 2023.

9. RM1,000 Geran PMKS One-Off
Geran one-off RM1,000 untuk semua syarikat PMKS berdaftar dan pemandu teksi berdaftar. Memanfaatkan 1 juta penerima dengan jumlah RM1 bilion.

Baca Lagi:
Belanjawan 2023: Berita baik buat golongan B40, sumbangan wang tunai sehingga RM3,100
Upah RM400 sebulan, gadis 20 tahun selamba angkat buah kelapa sawit
Wanita terkilan ingatkan dapat hadiah dari suami lepas bersalin, rupanya suami belikan hadiah harijadi perempuan lain
CATEGORIES