Tiga beradik rentung dalam kebakaran

71645834718 kanakkanakrentu

Tiga beradik rentung dalam kebakaran.

LAWAS: Tiga kanak-kanak rentung dalam kejadian kebakaran yang melibatkan sebuah rumah di sini lewat malam Jumaat.

Menurut Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii, kejadian berlaku di Kampung Seberang Kedai dan kesemua mangsa merupakan adik-beradik.

“Identiti mereka kemudian dikenal pasti sebagai Mohd Hesdi Huzaidi Azrie, 4 tahun, dan dua abangnya, Mohd Hezmi Huzaili, 7 tahun, dan Mohd Hezry Huzaimi, 8 tahun.

Dalam kejadian tersebut katanya, ketiga-tiga mangsa tinggal bersama enam anggota keluarga yang lain, termasuk kakak dan abang mereka yang berusia 12 dan 14 tahun.

Tiga beradik rentung dalam kebakaran

Bomba katanya, menerima panggilan kecemasan sekitar jam 11.02 malam dan segera mengatur gerak sebuah jentera, ambulans EMRS dan tangki air bergerak ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Lawas, bersama kekuatan tujuh anggota.

“Tiba di lokasi yang berjarak 17 kilometer, pasukan mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah kediaman jenis struktur separuh kekal dua tingkat.
“Api telah memusnahkan kediaman tersebut sepenuhnya.”

Tiga beradik rentung dalam kebakaran

Anggota terlibat jelasnya, telah bertindak membentangkan dua aliran hos dan satu aliran hos 200 kaki dengan mengambil sumber air sungai secara ‘relay pumping’ bagi melaksanakan pemadaman.
“Operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 12.45 malam,” katanya lagi.

Mayat ketiga-tiga mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk prosedur bedah siasat.
Kata Ling Hii, punca kebakaran dan taksir kerugian kini masih dalam siasatan pasukan forensik bomba.

Baca Lagi:

Masalah Kewangan, Taman Tema MAPS Bernilai RM520 Juta Sedia Untuk Dijual

Gara-gara beli kambing online, RM13,500 lesap

Angkara terlalu mengikut ‘WAZE’, warga emas pandu lorong motosikal

Leave a Reply

Your email address will not be published.