Masalah Kewangan, Taman Tema MAPS Bernilai RM520 Juta Sedia Untuk Dijual

Masalah Kewangan, Taman Tema MAPS Bernilai RM520 Juta Sedia Untuk Dijual

Masalah Kewangan, Taman Tema MAPS Bernilai RM520 Juta Sedia Untuk Dijual. Taman tema di Perak yang terkenal dengan beberapa isu sejak berbulan-bulan lalu akhirnya telah diiklankan untuk dijual. Notis jualan Maps atau Movie Animation Theme Park yang dikeluarkan oleh salah satu akhbar tempatan telah menarik perhatian ramai selepas taman tema ini dilaporkan mengalami kerugian dan dilanda dengan isu pengurusan yang lemah.

Menurut laman Business Today, EY adalah firma yang dilantik untuk menguruskan notis penutupan mengeluarkan iklan dalam akhbar harian tempatan baru-baru ini.

Taman itu diwujudkan daripada usaha sama antara Perak Corporation Berhad dan Kumpulan Sanderson dan pada asalnya dirancang untuk dibuka pada 2015 tetapi tarikh pembukaannya ditangguhkan sehingga Jun 2017.

Ia merupakan taman tema pertama berkonsepkan berasaskan animasi sepenuhnya di Asia, mengandungi tarikan daripada DreamWorks Animation dan The Smurfs yang dibina dengan kos RM520 juta. Pengunjung juga dihidangkan dengan animasi tempatan seperti Boboiboy dan karya kreatif lain.

Dibina di atas tanah seluas 52 ekar, taman tema ini terletak berhampiran dengan Perak Techno Trade Centre di Bandar Meru Jaya dan merupakan tarikan terbesar di negeri ini sebelum bilangan pelawat mula menurun dan perubahan waktu operasi yang mengelirukan pengunjung.

Menurut Kosmo, MAPS yang dibangunkan dengan kos RM520 juta itu menghentikan operasi pada Januari tahun lalu akibat masalah kewangan tetapi tiada tempoh ditetapkan bagi penutupan tersebut.

Pada December tahun lalu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata kerajaan negeri tidak pernah membelanjakan RM600 juta untuk MAPS, lapor Malay Mail.

Tambahnya lagi, taman tema ini dibangunkan oleh Perak Corp Berhad Development Sdn Bhd (PCBD), anak syarikat Perak Corp Berhad (PCB) yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

“Kerajaan Negeri tidak pernah membiayai projek ini. Ia dibiayai oleh PCBD melalui pinjaman daripada beberapa institusi kewangan. Oleh itu, kerajaan negeri tidak menanggung sebarang kerugian atau hutang seperti yang didakwa,” katanya semasa ucapan penggulungan di DUN.

Saarani turut bersetuju bahawa apa yang berlaku kepada MAPS telah memberi kesan negatif kepada imej negeri tersebut. “Saya bersetuju negeri ini mempunyai imej negatif akibat kegagalan MAPS, tetapi bukan dengan dakwaan kerajaan negeri kerugian RM600 sebab kita tidak pernah melabur,” katanya.

Baca Lagi:

TERKINI : Letupan berlaku di Kilang Lotte Chemical Titan Pasir Gudang

Tular video lelaki Ukraine ucap selamat tinggal kepada anak undang rasa sayu

Wanita ini tawar gaji RM35,000 sebulan untuk jadi pemandu peribadi dengan syarat…

 

CATEGORIES