Uncle Roger, pelawak kelahiran Malaysia dikecam permainkan isu Rusia-Ukraine

Uncle Roger, pelawak kelahiran Malaysia dikecam permainkan isu Rusia-Ukraine

Uncle Roger, pelawak kelahiran Malaysia dikecam permainkan isu Rusia-Ukraine. Pelawak kelahiran Malaysia yang kini menetap di United Kingdom, Nigel Ng menerima kecaman hebat netizen disebabkan ciapan celuparnya menerusi Twitter dengan menyebut nama negara Ukraine.

Tindakan Nigel atau lebih dikenali menerusi karakter satira Uncle Roger disifatkan sebagai tidak sensitif kerana cuba berlawak ketika rakyat negara berkenaan sedang menderita dibedil Rusia.

“Sedang menambah tarikh untuk Ukraine bersempena dengan persembahan jelajah dunia ‘Haiyaa’ saya. Nantikannya,” ciap Nigel, 31, berserta emoji muka dengan air mata kegembiraan.

Uncle Roger, pelawak kelahiran Malaysia dikecam permainkan isu Rusia-Ukraine

Ciapan tidak sensitif pelawak asal Malaysia, Uncle Roger yang mengundang kemarahan orang ramai dalam Twitter.

Melawak tak kena waktu, Nigel sehingga kini masih belum membuat permohonan maaf atas keterlanjuran ciapan tersebut yang membuatkan ramai berang.

“Alamak! Kadang-kadang apa yang mungkin kelakar dalam kepala anda tidak kelakar dalam kehidupan sebenar,” coretnya lagi.

Ramai dalam kalangan netizen melahirkan rasa kecewa dengan apa yang dilakukan Nigel sehingga ada sebilangan rakyat negara ini berasa malu mengakui lelaki berkenaan berasal dari Malaysia.

“Selamatkan Ukraine. Anda sangat menjijikkan (Uncle Roger) kerana melawak dengan menggunakan nama Ukraine. Buat malu orang Malaysia.

“Tidak lawak langsung. Tak bolehkah anggap apa yang terjadi sebagai satu perkara serius dan buat permohonan maaf secara terbuka kepada mereka yang menderita disebabkan pencerobohan Rusia di Ukraine?,” demikian antara ciapan berbaur amarah ditinggalkan pengguna Twitter.

Baca Lagi:

Masalah Kewangan, Taman Tema MAPS Bernilai RM520 Juta Sedia Untuk Dijual

Macam mana Kren turun dari atas bangunan tinggi ? Ini jawapan netizen Malaysia buat ramai tergelak

Bermula 25 Februari, jemaah lengkap dua dos vaksin dan dos penggalak sahaja dibenarkan solat jumaat

CATEGORIES