Tetamu kenduri letak tisu, kertas dalam sampul surat supaya tidak dilihat datang tangan kosong

Tetamu kenduri letak tisu, kertas dalam sampul surat supaya tidak dilihat datang tangan kosong

Tetamu kenduri letak tisu, kertas dalam sampul surat supaya tidak dilihat datang tangan kosong. Gambar sekadar hiasan. Terdapat segelintir tetamu sanggup mele­takkan tisu atau kertas kosong di dalam sampul ketika mengha­diri majlis perkahwinan atau doa selamat kononnya untuk tidak dilihat hanya membawa tangan kosong semasa bersalam dengan tuan rumah.

Mendedahkan perkara itu, Redzuan Alias, 52, berkata, dia yang mengadakan kenduri perkahwinan anak sulungnya di Teluk Panglima Garang, Selangor turut menjadi mangsa.

Katanya, kenduri perkahwinan yang diadakan pada cuti sekolah beberapa bulan lalu dihadiri lebih 500 jemputan terdiri daripada kenalan serta saudara mara terdekat.

Tetamu kenduri letak tisu, kertas dalam sampul surat supaya tidak dilihat datang tangan kosong

“Saya adakan kenduri anak ni bukan mengharapkan jemputan yang hadir bagi duit kepada saya, tetapi kecewa dengan cara yang mereka lakukan.
“Tidak perlu bagi sampul duit yang diisi tisu atau kertas kosong, memadai dengan kehadiran mereka ke majlis,” katanya kepada Kosmo! Ahad baru-baru ini.

Redzuan memberitahu, sebelum ini dia pernah terdengar cerita daripada rakan-rakan sepejabat bahawa cara seperti ini telah menjadi trend segelintir tetamu kononnya tidak mahu malu dengan tuan rumah yang menjemput mereka.

“Saya dengar orang buat cara ini adalah kerana tidak mahu malu ketika hadir majlis dengan tangan kosong.

“Sebenarnya tuan rumah se­perti saya adakan majlis bukan untuk memungut duit daripada para jemputan, tetapi agak kecewa jika perkara ini terus berlaku dan dijadikan trend,” ujarnya.

Bagi Tuan Manirah Tuan Abu Bakar, 60, berkata, bukan hanya sampul duit diisi dengan tisu ataupun potongan kertas, malah ada juga jemputan yang hanya memberi sampul kosong.

“Memang ada yang bagi sampul kosong, kononnya seperti ada sedekah kepada tuan rumah selepas hadir ke majlis.

“Kenapa perlu buat cara begitu sedangkan sedekah itu tidak wajib, cara ini biasanya berlaku di bandar-bandar, di kampung saya tidak pernah dengar lagi,” ujarnya.

Baca Lagi:

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu sahkan Ustaz Azhar Idrus tiada tauliah mengajar
Anak Presiden UMNO tak puas hati kalah pemilihan
Pegawai bank asyik call lepas aku tukar ‘cash cheque’ RM2000, tak sedap hati aku pergi balik bank tiba-tiba semua staff bangun
CATEGORIES