Anak Presiden UMNO tak puas hati kalah pemilihan

Anak Presiden UMNO tak puas hati kalah pemilihan

Anak Presiden UMNO tak puas hati kalah pemilihan. Selepas tewas dalam saingan Ketua Wanita UMNO Bahagian Bagan Datuk semalam, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, mendakwa wujud pelanggaran etika ketika proses pemilihan itu berlangsung.

Anak kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu, mendakwa pelanggaran itu membabitkan Perkara 4, Tataetika Pemilihan UMNO 2023, berkaitan pengaruh tidak wajar.

“WhatsApp pada malam pemilihan 10 Mac daripada seorang yang sudah dikenal pasti. Manipulasi, tipu helah, mendorong dan mengganggu.
“Perjuangan saya belum lagi tamat. Saya tidak kalah cuma belum lagi menang. Undi saya 115/268 dan yang ‘masih menang’ 133/268. Ini sudah dibawa ke Jawatankuasa Pemilihan UMNO,” katanya menerusi perkongsian di Facebook hari ini.

Anak Presiden UMNO tak puas hati kalah pemilihan

Berdasarkan gambar yang dikongsikan bersama kenyataan itu, yang dipercayai tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp, antara lainnya mengandungi ayat berbentuk arahan, meminta supaya perwakilan Wanita UMNO di bahagian itu supaya menyokong penyandang Ketua Wanita UMNO Bagan Datuk, Zarozatin Isa.

Biarpun tewas dalam pemilihan Ketua Wanita UMNO di bahagian Bagan Datuk semalam, namun Nurulhidayah menang jawatan EXCO Wanita UMNO pusat.

UMNO Bahagian Bagan Datuk diterajui Ahmad Zahid yang menang tanpa bertanding pada pemilihan kali ini.

Baca Lagi:
Peniaga runcit dari Terengganu tak sangka menang Mercedes Benz A 200
Rosmah Mansor bagi tips jaga suami, patutlah Najib sayang
Jiran minta aku hantar makanan , aku terkejut ada lelaki lain tengah bersama isteri dia
CATEGORIES