Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu sahkan Ustaz Azhar Idrus tiada tauliah mengajar

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu sahkan Ustaz Azhar Idrus tiada tauliah mengajar

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu sahkan Ustaz Azhar Idrus tiada tauliah mengajar. Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengesahkan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus antara pendakwah yang tidak mempunyai tauliah untuk berceramah dan mengadakan kuliah di negeri itu.

Statistik pemegang tauliah dikeluarkan JHEAT sehingga November lalu menunjukkan hanya 30 pendakwah selebriti diberi kebenaran khas oleh pihak berkuasa negeri itu, namun Azhar tidak termasuk.

Difahamkan, Azhar sudah dipanggil tiga kali oleh JHEAT untuk menjalani proses temuduga pemegang tauliah.

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu sahkan Ustaz Azhar Idrus tiada tauliah mengajar

Pesuruhjaya JHEAT, M Rozi Bidin berkata, keseluruhan 1,313 individu mempunyai tauliah untuk berceramah agama, mengajar agama Islam dan mengajar al-Quran.

Katanya, jumlah itu termasuk pendakwah yang diberi tauliah khas mengajar agama sahaja dan mengajar agama Islam termasuk kitab, ceramah umum serta al-Quran.

“Kita akan mengeluarkan kebenaran khas kepada penganjur dan jawatankuasa masjid serta surau yang bercadang mengundang antara 30 pendakwah selebriti berkenaan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, hari ini.

Hadir sama Ketua Penolong Pesuruhjaya (Pengurusan Halal Bahagian Dakwah), Zahari Sulong.

Jumaat lalu, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail dilaporkan berkata, semua ahli politik termasuk Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Anggota Dewan Negara tidak dibenar menggunakan masjid serta surau di seluruh Terengganu sebagai pentas kuliah atau ceramah.

Katanya, larangan itu bertujuan memastikan masjid dan surau tidak disalah guna, selain mengelak pengisiannya bercampur aduk dengan unsur politik kepartian.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin turut menzahirkan rasa dukacita atas pembabitan segelintir ahli politik itu.

Mengulas lanjut, M Rozi berkata, seramai 773 individu mengajar agama Islam kategori berkitab, berceramah umum kategori agama (35, kategori mengajar al-Quran (292), tauliah khas mengajar agama sahaja (100) dan 83 diberi tauliah dalam kategori agama Islam berkitab, ceramah umum dan al-Quran.

Katanya, JHEAT meminta individu yang ingin mengajar dan mengadakan kuliah di masjid serta surau supaya membuat permohonan dengan pihaknya termasuk mengemuka maklumat peribadi dan kelulusan akademik.

“Kita amat mengalu-alukan individu yang berkelayakan membuat permohonan untuk mendapatkan tauliah,” katanya.

Mengenai Ahli Parlimen, Adun dan anggota Dewan Negara yang diberi tauliah, M Rozi berkata, pihaknya perlu melakukan semakan terperinci.

Baca Lagi:
Anak Presiden UMNO tak puas hati kalah pemilihan
Peniaga runcit dari Terengganu tak sangka menang Mercedes Benz A 200
Pegawai bank asyik call lepas aku tukar ‘cash cheque’ RM2000, tak sedap hati aku pergi balik bank tiba-tiba semua staff bangun
CATEGORIES