Terpengaruh cerita kartun, budak 4 tahun terjun bangunan tingkat 26 guna payung

Terpengaruh cerita kartun, budak 4 tahun terjun bangunan tingkat 26 guna payung

Terpengaruh cerita kartun, budak 4 tahun terjun bangunan tingkat 26 guna payung. Gara-gara terpengaruh tengok kartun, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun bertindak melompat dari tingkat 26 dengan hanya menggunakan payung selepas cuba meniru apa yang ditonton di televisyen.

Lapor Motheship, insiden berlaku di Jishou City, Hunan di China pada petang 26 Mei lalu.

Difahamkan semasa kejadian berlaku, ibu kanak-kanak itu bekerja di bandar lain, manakala bapanya mempunyai urusan kerja di luar negara.

Terpengaruh cerita kartun, budak 4 tahun terjun bangunan tingkat 26 guna payung

Walau bagaimanapun, nenek yang merupakan penjaga utama kanak-kanak lelaki itu tidak berada di rumah kerana keluar untuk menjemput kakak mangsa ketika kejadian.

Menjadikan buah fikiran sebagai realiti

Menurut laporan, budak lelaki tersebut mendapat inspirasi untuk melakukan aksi sedemikian selepas menonton kartun popular kanak-kanak, Tom and Jerry.

Dia mula membayangkan akan dapat melakukan pendaratan dengan selamat di atas tanah jika dia memegang payung, yang dijadikan sebagai payung terjun.

Tanpa berfikir panjang, dia melakukan aksi itu sambil memegang payung dari tingkat 26 di rumahnya.

Dia dilaporkan melompat keluar dari tingkap yang menghadap ke balkoni, di mana tempat itu tidak dipasang kamera anti kecurian kerana unit itu berada pada tahap tinggi.

Nasib menyebelahinya apabila dia terjatuh di atas pokok yang besar sekali gus mengurangkan daya hentakan dan kecederaan.

Pun begitu, kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan patah tangan dan beberapa tulang di bahagian badan yang lain ketika melakukan pendaratan.

Kanak-kanak lelaki itu terselamat daripada insiden tersebut dan kini berada di hospital tempatan untuk rawatan.

Menjengah di ruangan komen, warga maya mula melakukan perdebatan sama ada kartun harus dipersalahkan atas tindakan budak itu atau tidak.

Komen teratas di video tersebut berpendapat bahawa penjaga perlu memainkan peranan penting.

Ia termasuk menjaga keselamatan kanak-kanak berkenaan dengan menutup tingkap sekiranya budak kecil itu berada di dalam rumah.

Ada juga di antara mereka yang mengakui bahawa ketika mereka masih muda, mereka turut mempunyai idea yang sama namun tidak menjadikannya sebagai realiti.

Baca Lagi:
“Baru bekerja jadi jururawat hospital Kelantan, 2 kali kena kacau kerusi roda tiba-tiba bergerak sendiri”
Isteri dedah suami tabligh, nafkah tak bagi berbulan pergi dakwah tak balik rumah, sekali kantoi kahwin perempuan lain
Rezeki makcik cleaner jumpa duit syiling tahun 1930 bersama surat khabar lama bawah karpet, terkejut dapat tahu harga terkini duit syiling cecah RM177,200
CATEGORIES