Wanita hantar warga emas jual kerepek pulang ke rumah, terkejut dapat tahu tinggal seorang diri dengan keadaan rumah bumbung hancur. Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook Nurhidaya Mahmud telah berkongsi beberapa siri video pendek di Facebook miliknya memaparkan dirinya menghantar seorang wanita warga emas yang menjual kerepek di sekitar bandar di Tawau, Sabah pulang ke rumah.
Menerusi video yang dikongsikan, wanita tersebut terkejut dengan keadaan rumah warga emas terbabit yang usang dan warga emas itu mengatakan dia hanya tinggal bersendirian.
Wanita tersebut juga sebak melihat keadaan rumah yang uzur itu dimana bumbung zink rosak disebabkan karat dan lantai simen juga retak.
Dalam perkongsiannya, dia berharap sesiapa sahaja yang melalui kawasan itu dapat menghantar bantuan dan menderma barangan keperluan kepada warga emas itu.
Perkongsiannya itu telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen turut berasa kasihan melihat keadaan warga emas tersebut.
Bukan itu sahaja, para netizen turut mahu menghulurkan bantuan kepada warga emas terbabit dan mendoakan agar akan dikurniakan kesihatan yang baik.