Rezeki makcik cleaner jumpa duit syiling tahun 1930 bersama surat khabar lama bawah karpet, terkejut dapat tahu harga terkini duit syiling cecah RM177,200

Rezeki makcik cleaner jumpa duit syiling tahun 1930 bersama surat khabar lama bawah karpet, terkejut dapat tahu harga terkini duit syiling cecah RM177,200

Rezeki makcik cleaner jumpa duit syiling tahun 1930 bersama surat khabar lama bawah karpet, terkejut dapat tahu harga terkini duit syiling cecah RM177,200. Seorang pencuci dilaporkan telah menemui syiling lama dipercayai berasal dari tahun 1930-an yang bernilai RM177,200 ($40,000) sewaktu membersihkan rumah.

Memetik Daily Mail, Charlotte Bosanquet, 20, bersama pasukannya dari Care Cleaning Services Sydney ketika itu sedang membersihkan lantai rumah seorang wanita.

Dia secara kebetulan menemui syiling itu bersama surat khabar pada tahun 1930 sewaktu membersihkan karpet.

Rezeki makcik cleaner jumpa duit syiling tahun 1930 bersama surat khabar lama bawah karpet, terkejut dapat tahu harga terkini duit syiling cecah RM177,200

Perkara itu turut dikongsikannya dalam satu hantaran video di TikTok.

“Sewaktu kami mengangkat karpet ini, saya sedar rumah ini menyimpan banyak sejarah. Tambahan lagi, penghuni rumah tinggal di sini sepanjang hayatnya.
“Kami menjumpai banyak surat khabar dan syiling bernilai sehingga RM177,200 ($40,000),” katanya.

Video berkenaan telah mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial. Namun, sesetengahnya mendakwa dia telah mengambil duit itu daripada pemilik rumah.

Rezeki makcik cleaner jumpa duit syiling tahun 1930 bersama surat khabar lama bawah karpet, terkejut dapat tahu harga terkini duit syiling cecah RM177,200

Difahamkan, duit berkenaan merupakan salah satu syiling paling jarang dilihat di Australia. Hasil kajian yang dilakukan oleh Charlotte, hanya 1,500 kepingan syiling sahaja dikeluarkan pada tahun 1930 susulan kemelesetan ekonomi.

Menurut laporan portal ABC, syiling itu mempunyai keluaran terendah sepanjang pemgeluaran syiling Australia.

Ketua Seni Halus dan Mewah di Lloyds Auctioneers and Valuers Amanda Benson berkata syiling itu pada awalnya tidak dikeluarkan.

“Ia diedarkan hanya selepas pasaran saham jatuh pada tahun 1929. Apa yang istimewanya, ia tidak pernah dirancang untuk diedarkan ke orang awam,” katanya.

Tambahnya, syiling itu mula menjadi kegilaan pengumpul selepas ia dihapuskan secara berperingkat. Dari segi luaran, syiling bersejarah itu menampilkan Raja George V, Datuk Ratu Elizabeth II.

Sehingga ini, ia menjadi salah satu syiling yang dijual di laman web koleksi syiling dengan harga bernilai RM126,000 ($28,500). Pada tahun 2022, seorang lelaki dilapor membeli syiling itu pada harga RM265,000 ($60,000).

Terdahulu, sepucuk surat yang dipercayai berusia melebihi 100 tahun akhirnya berjaya dihantar, lapor BBC News.

Difahamkan, surat berkenaan disyaki ditulis sebelum Perang Dunia Pertama pada Februari 1916. Ia selamat sampai pada 2021 di di flat Finlay Glen di Hamlet Road, Crystal Palace.

Baca Lagi:
Rupanya ramai rakyat Malaysia buat duit senyap-senyap dengan TNB dengan hanya pasang solar di bumbung rumah
Seram! Wanita syok berjoget buat TikTok sekali hantu muncul di tangga belakang
Rahsia garam yang ramai tak tahu, rupanya bukan sekadar penambah rasa makanan
CATEGORIES