Isteri dedah suami tabligh, nafkah tak bagi berbulan pergi dakwah tak balik rumah, sekali kantoi kahwin perempuan lain

Isteri dedah suami tabligh, nafkah tak bagi berbulan pergi dakwah tak balik rumah, sekali kantoi kahwin perempuan lain

Isteri dedah suami tabligh, nafkah tak bagi berbulan pergi dakwah tak balik rumah, sekali kantoi kahwin perempuan lain. Merupakan satu ibadah, peserta Jemaah Tabligh sering dihimpit dengan persepsi negatif khususnya dari sudut tanggungjawab.

Meninggalkan isteri dan anak selama berbulan lamanya, ada dari kalangan jemaah yang alpa dengan tanggungjawab hakiki dalam rumah tangga.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang peguam syarie, Nurul Atikah Abd Rashid menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.

Isteri dedah suami tabligh, nafkah tak bagi berbulan pergi dakwah tak balik rumah, sekali kantoi kahwin perempuan lain

Menurut Atikah, beliau sering menerima aduan dari isteri tentang perlakuan buruk suami yang datang dari golongan tersebut.

Bayangkan, demi menunaikan ‘tanggungjawab’ berdakwah, sang suami sanggup meninggalkan isteri terkontang-kanting tanpa nafkah.

“Nafkah tak diberi itu memang benda biasa bagi mereka. Tabligh keluar berbulan-bulan tetapi duit belanja tidak ditinggalkan untuk anak dan isteri.
“Isteri terpaksa berfikir bagaimana nak cari duit untuk makan,” luahnya yang kecewa dengan perilaku insan yang bergelar suami itu.

Menahan malu, isteri yang diabaikan ini terpaksa meminjam wang dari keluarga dan rakan untuk memberi makanan kepada anak.

Lebih malang lagi, Atikah juga menerima aduan bahawa ada suami yang bertindak berkahwin lain sewaktu keluar berdakwah.

“Kecewanya hati si isteri bila dapat tahu suaminya bukan setakat berdakwah tetapi rupanya turut mencuci mata dengan perempuan lain.” Tambahnya.

Baca Lagi:
Tukang masak istana dedah menu makanan harian YDP Agong dan Permaisuri selalu makan buat ramai terkejut
“Bapa mertua cakap saya menantu tak guna sebab tak pandai masak kari, depan keluarga belah saya diorang baik sangat sampai keluarga cakap saya beruntung dapat mertua yang baik”
Satu Malaysia kena scam, JPJ dedah pemilik sebenar kereta Bezza guna no plat termahal ‘FF2’ bernilai RM638,000
CATEGORIES