Terpaksa keluarkan mayat ikut tingkap

Terpaksa keluarkan mayat ikut tingkap

Terpaksa keluarkan mayat ikut tingkap. Bomba membantu mengeluarkan mayat seorang lelaki yang sudah mengembang menerusi tingkap di rumahnya di Seksyen 2, di sini, malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 8.39 malam tadi.

Terpaksa keluarkan mayat ikut tingkap

“Seramai tujuh anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Penchala dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, kami dimaklumkan terdapat seorang lelaki berusia 43 tahun meninggal dunia di bilik rumah berkenaan dengan keadaan badannya sudah mengembang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, anggota bomba bertugas memotong tingkap bilik berkenaan bagi membawa keluar mayat lelaki terbabit yang tidak dapat dikeluarkan menerusi pintu bilik kerana terlalu sempit.

“Kami mengambil masa beberapa minit sebelum berjaya membawa keluar mayat lelaki berkenaan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Difahamkan, mayat lelaki berkenaan dibawa ke Jabatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi proses bedah siasat,” katanya.

Baca Lagi:
Kapal pengawal pantai China berada di timur pantau operasi Petronas cari gali
Desas-desus 15 Ahli Parlimen BN akan letak jawatan?
Masjid di Bangsar jemput doktor keturunan Sikh beri ceramah dalam masjid
CATEGORIES