Kenapa peristiwa israk Mikraj terjadi waktu malam bukan waktu siang?

Kenapa peristiwa israk Mikraj terjadi waktu malam bukan waktu siang?

Kenapa peristiwa israk Mikraj terjadi waktu malam bukan waktu siang? UMAT Islam pasti sudah maklum tentang peristiwa Israk dan Mikraj yang mengisahkan perjalanan Nabi SAW dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjid al-Aqsa di Palestin sebelum dilanjutkan ke Sidratulmuntaha dalam satu malam menaiki haiwan syurga dikenali sebagai buraq.

Malah, detik penting dalam kalendar Islam itu dijangka jatuh pada 18 Februari ini atau tanggal 27 Rejab Hijrah.

Walaupun ada beberapa pendapat ulama yang menyatakan waktu terjadinya Israk dan Mikraj, tetapi ALLAH SWT sudah menjelaskan bahawa peristiwa bersejarah itu terjadi pada waktu malam, menerusi al-Quran.

Kenapa peristiwa israk Mikraj terjadi waktu malam bukan waktu siang?

Firman ALLAH: “Maha Suci ALLAH yang telah menjalankan hamba-NYA (Muhammad) pada malam hari dari Masjid al-Haram (di Makkah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin), yang KAMI berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) KAMI. Sesungguhnya ALLAH jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Israa’, ayat 1)

Tetapi mengapa kisah Israk dan Mikraj berlaku pada waktu malam, dan bukannya siang?

Jelas portal NU Online, Imam Jalaluddin As-Suyuthi dalam kitabnya, al-Ayatul Kubra fi Syarhi Qisshatil Isra ada menjelaskan beberapa alasan mengapa ALLAH jadikan malam sebagai waktu terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj.

1. Malam waktu terbaik untuk beriktikaf dan beribadah kepada ALLAH.

Firman ALLAH, “Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat).” (Surah al-Muzammil, ayat 2)

2. Malam merupakan waktu yang mulia kerana ada banyak peristiwa terjadi pada masa itu, khususnya kisah-kisah istimewa dalam kehidupan para anbia.

Contohnya, kisah Nabi Ibrahim yang awalnya menganggap bintang-bintang sebagai tuhan sebelum mengetahui bahawa hal itu tidak benar kerana ia menghilang. Kisah ini ada dirakamkan dalam surah al-An’am ayat 76:

Firman ALLAH “Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: “Inikah Tuhanku?” Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: “Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang”.”

3. Malam juga merupakan satu-satunya waktu yang dijanjikan ALLAH sebagai waktu terbaik daripada seribu bulan (lailatul qadar). Tidak ada waktu lain selain malam yang memiliki keistimewaan seperti itu.

4. Malam adalah waktu turunnya wahyu yang pertama.

5. Malam adalah waktu dikabulkan doa, misalnya sebagaimana doa Nabi Yaakub AS dikabulkan ALLAH pada masa ini seperti tercatat dalam Surah Yusuf ayat 98.

6. Malam adalah waktu tepat untuk menyegarkan fikiran serta beristirahat.

7. Sebagai ujian bagi para Mukmin untuk percaya terhadap hal-hal ghaib dan tidak dapat dicerna oleh akal. Ia juga suatu ujian bagi orang-orang kafir.

Apa yang penting, sebagai orang Islam, kita wajib mengimani peristiwa Israk dan Mikraj yang menjadi mukjizat dan tanda kerasulan Nabi kita iaitu Nabi Muhammad SAW.

Baca Lagi:
Kapal pengawal pantai China berada di timur pantau operasi Petronas cari gali
Desas-desus 15 Ahli Parlimen BN akan letak jawatan?
Hospital penuh, ramai dah mula sakit-sakit
CATEGORIES