Masjid di Bangsar jemput doktor keturunan Sikh beri ceramah dalam masjid. Kebiasaannya jawatankuasa masjid menjemput ustaz atau ahli agama untuk menyampaikan syarahan dan ceramah.
Namun, Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq di Bangsar, di sini memecah amalam biasa apabila menjemput seorang doktor berketurunan Sikh untuk menyampaikan ceramah dan berkongsi ilmu mengenai berhenti merokok, Jumaat lalu.
Perkara ini dikongsi oleh seorang pengguna Twitter @saifyakhtar dengan klip video yang menunjukkan doktor dengan memakai serban merah menyampaikan syarahan kepada jemaah di masjid itu.
“Topik kuliah di masjid bukanlah sesuatu yang luar biasa dan selalunya bersandarkan kepada nilai agama. Ceramah oleh doktor Sikh ini mengingatkan saya kepada zaman kegemilangan Islam, di mana masjid juga dijadikan sebagai istana ilmu.
“Saya menggalakkan lebih banyak masjid melakukan perkara ini dengan menjemput lebih ramai pakar tanpa mengira agama mereka.
“Inilah cara kita boleh menarik orang ramai ke masjid sebagai tempat ibadat dan menuntut ilmu,” kata pengguna Twitter yang dipetik laporan NST, semalam.
More than a place of worship. 🕌
Last Friday, Saidina Abu Bakar Mosque invited a Sikh doctor to give a lecture inside a mosque.
It was a well timed topic on how Ramadhan is the best month to quit smoking , & he offered to help. pic.twitter.com/tGVuQOwFm5
— Saify Akhtar 🇲🇾🇸🇬🇵🇰 (@saifyakhtar) April 11, 2023
Video itu menjadi tular dengan 16,700 tontonan dan terus bertambah.
Netizen memuji usaha masjid itu mendidik jemaahnya dengan menjemput seorang bukan Islam menyampaikan ceramahnya di situ.
“Hebat!!!! Kudos to both of them! Contoh yang baik untuk diikuti oleh semua masjid lain! Tq for sharing:)!,” kata pengguna Twitter @zymasri.