Desas-desus 15 Ahli Parlimen BN akan letak jawatan?

Desas-desus 15 Ahli Parlimen BN akan letak jawatan?

Desas-desus 15 Ahli Parlimen BN akan letak jawatan? Pengarah Komunikasi UMNO, Dato’ Lokman Adam, mendedahkan terdapatnya khabar angin yang bertiup kencang kononnya 15 ahli parlimen BN akan meletak jawatan.

Lokman mendedahkan perkara tersebut di dalam ‘live’ beliau melalui Youtube yang disiarkan pada hari Selasa malam.

Namun begitu, Lokman tidak pula mendedahkan siapa 15 ahli parlimen yang dimaksudkan itu.

Desas-desus 15 Ahli Parlimen BN akan letak jawatan?

Sekiranya benar, terdapat beberapa persoalan mengenai risiko ke atas karier politik 15 ahli parlimen tersebut.

1) Kesemua ahli parlimen sudah terikat dengan Akta Anti Lompat Parti yang diwartakan pada tahun lepas.

Sekiranya mereka meletak jawatan untuk melompat ke parti lain atau sebagai ahli parlimen BEBAS, maka dengan sendirinya status mereka sebagai ahli parlimen tergugur.

Dan mereka yang digugurkan status sebagai ahli parlimen mengikut Akta Anti Lompat Parti, akan hilang kelayakan untuk bertanding semula.

2) Selain dari itu, kesemua ahli parlimen BN juga terikat dengan Surat Aku Janji yang telah mereka tandatangani sebelum dicalonkan dalam PRU 15.

Mereka akan berhadapan dengan tindakan pemecatan dari parti sekiranya melompat ke parti lain atau bertindak sebagai ahli parlimen BEBAS.

3) Apakah tindakan 15 ahli parlimen tersebut akan mampu menumbangkan kerajaan yang memiliki 148 sokongan ahli parlimen?

Ahli Politik Yang Mementingkan Diri Sendiri

Walau pun mereka dibolehkan untuk bertanding semula dalam pilihanraya kecil, kemungkinan untuk pengundi memilih mereka semula adalah kecil.

Ini adalah kerana, dalam mana-mana pilihanraya, kecenderungan pengundi adalah mengundi parti yang mereka yakini berbanding calon.

Seandainya perkara ini benar-benar berlaku, sesuatu yang amat dikesali adalah sikap parti yang memancing mereka dan sikap mereka sendiri.

Penderitaan rakyat akibat politik yang tidak stabil masih belum berakhir, apakah mereka mahu mewujudkan satu lagi krisis politik?

Tindakan mereka juga boleh dianggap sebagai menyanggah titah YDP Agong supaya ahli politik berusaha mewujudkan keadaan politik yang stabil.

Kalau pun sekiranya mereka berjaya menumbangkan kerajaan, pasti kerajaan yang ditubuhkan adalah kerajaan yang tidak kukuh kerana memiliki majoriti yang tipis.

Adakah mereka terus-terusan mahu menyiksa kehidupan rakyat hanya semata-mata untuk kepentingan diri sendiri?

Baca Lagi:
Masjid di Bangsar jemput doktor keturunan Sikh beri ceramah dalam masjid
Hospital penuh, ramai dah mula sakit-sakit
Da’i Syed kongsi video semasa dalam tahanan, ramai sebak bila tengok menangis teresak-esak
CATEGORIES