Terkini: Dua ahli Parlimen sah sertai PBM

Terkini: Dua ahli Parlimen sah sertai PBM

Terkini: Dua ahli Parlimen sah sertai PBM. Ahli Parlimen Kuala Langat, Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Segamat, Edmund Santhara Kumar disahkan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Presiden Pengganti PBM, Zuraida Kamaruddin, mengesahkan perkara berkenaan selepas Mesyuarat Agung Tahunan Pertama PBM di ibu negara, hari ini.

Terkini: Dua ahli Parlimen sah sertai PBM

Dengan penyertaan mereka, PBM kini mempunyai enam Ahli Parlimen termasuk Zuraida (Ampang), Steven Choong (Tebrau), Larry Sng (Julau) dan Mohamaddin Ketapi (Lahad Datu).

Terkini: Dua ahli Parlimen sah sertai PBM

Lima daripada mereka memenangi kerusi di bawah tiket PKR pada pilihan raya umum lalu pada 2018 manakala Mohamaddin bertanding di bawah Parti Warisan (Warisan).

Zuraida dan Edmund Santhara meninggalkan PKR semasa ‘Langkah Sheraton’ untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 2020.

Terkini: Dua ahli Parlimen sah sertai PBM

Baca Lagi:
Sakinah bergambar dengan lukisan kek cawan, lain pula netizen perasan…
Diminta berdoa, solat hajat supaya tak berlaku empangan Kenyir pecah
Dua beradik maut terkena renjatan elektrik ketika mandi dalam besen
CATEGORIES