Diminta berdoa, solat hajat supaya tak berlaku empangan Kenyir pecah

Diminta berdoa, solat hajat supaya tak berlaku empangan Kenyir pecah

Diminta berdoa, solat hajat supaya tak berlaku empangan Kenyir pecah. Orang ramai tidak perlu panik dengan risiko bencana di Empangan Kenyir dekat Hulu Terengganu, terutama menjelang musim Monsun Timur Laut yang dijangka bermula November ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Terengganu, Hanafiah Mat, berkata Monsun Timur Laut biasanya membawa taburan hujan yang lebih tinggi berbanding musim lain.

Keadaan itu, katanya, mungkin menyebabkan berlaku limpahan air keluar dari empangan berkenaan.

Diminta berdoa, solat hajat supaya tak berlaku empangan Kenyir pecah

“Bagaimanapun setakat ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyatakan ia selamat, tidak akan berlaku apa-apa, insya-Allah. Jadi tak usah kita menguar-uarkan.

“Saya harap rakyat Terengganu tak panik dengan ramalan itu. Kita semua berdoa dan buat sembahyang hajat supaya ia tidak berlaku,” katanya yang juga EXCO Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Hari Sayyidatina Aishah 2022 dan Majlis Pelancaran Dasar Wanita Terengganu di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu Gong Badak, di sini hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Pelaksanaan Operasi) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Meor Ismail Meor Akim, berkata walaupun teknologi mengatakan empangan tidak akan pecah, persiapan menghadapi sebarang kemungkinan tetap perlu dilakukan.

Sehubungan itu, katanya lagi, semua agensi termasuk anggota komuniti perlu peka terhadap risiko bencana empangan bagi memastikan tahap kesiapsiagaan berada pada tahap optimum menjelang musim tengkujuh.

“Di China dan Afrika misalnya, sudah ada kejadian empangan pecah, jadi kita kena bersedia dengan kemungkinan itu, namun sangat berharap ia tidak berlaku.

“Jika berlaku (pecah) misalnya di Empangan Kenyir, air boleh naik sehingga 15 meter di kawasan sekitarnya dan kita perlu tahu apa tindakan yang patut dilakukan jika bencana besar seumpama ini berlaku,” kata Meor Ismail.

Baca Lagi:
Sakinah bergambar dengan lukisan kek cawan, lain pula netizen perasan…
Pemandu beca menang loteri RM14.2 juta, tapi mengaku menyesal menang
Ah long lempar bom tangan M67 cuba letupkan rumah wanita gagal bayar hutang
CATEGORIES