“Terima kasih orang baik”- Akak polis bersihkan anak tahanan raih pujian orang ramai

“Terima kasih orang baik”- Akak polis bersihkan anak tahanan raih pujian orang ramai

“Terima kasih orang baik”- Akak polis bersihkan anak tahanan raih pujian orang ramai. Tular perkongsian di Facebook, memaparkan sekeping gambar seorang polis wanita sedang membersihkan budak lelaki yang dipercayai anak tahanan.

Pegawai polis itu dilihat berada di hadapan paip air bersama seorang kanak-kanak lelaki tidak berbaju dan berseluar kuning.

Gambar terbabit telah meraih pujian ramai, rata-rata memuji dan tersentuh dengan sikap prihatin yang diberikan oleh pegawai polis terbabit.

"Terima kasih orang baik"- Akak polis bersihkan anak tahanan raih pujian orang ramai

“Saya bayangkan anak sendiri di rumah”

Memetik sumber Sinar Harian, polis wanita yang dikenali sebagai Lans Koperal Siti Sarah Ariffin, 35, berkata dia amat kasihan melihat keadaan kanak-kanak terbabit ketika dibawa ke balai polis.

Kongsinya, kejadian itu berlaku jam 8.40 malam pada Jumaat lalu apabila kanak-kanak terbabit dibawa oleh seorang lelaki setelah ibunya ditahan di Cheras atas kesalahan jenayah komersial dan dibawa ke Penjara Bentong.

“Saya sedang bertugas ketika itu dan lelaki terbabit memberitahu dia kenalan ibu kanak-kanak tersebut yang diserahkan kepadanya dan datang ke balai kerana ingin menyerahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Keadaan kanak-kanak ketika itu sangat tidak terurus dan dipercayai mengalami masalah autisme selain tidak boleh bertutur,” katanya.

Menurutnya, dia segera membersihkan serta memandikan kanak-kanak terbabit. Rakan sekerja pula membeli beberapa helai pakaian baharu dan lampin pakai buang untuk kanak-kanak itu.

“Saya kesian bila lihat keadaannya dan bayangkan anak-anak sendiri di rumah…dengan pampers pun tidak ditukar beberapa hari. Selain bersihkannya, saya juga suapkan makanan dan minuman,” jelasnya.

Difahamkan, kanak-kanak terbabit sudah pun diserahkan kepada pihak JKM dan polis wanita itu masih berhubung dengan pihak sana untuk bertanyakan keadaan kanak-kanak terbabit.

Walaupun bukan darah daging sendiri, naluri ibu masih ada…

Baca Lagi:
“Ingat aku bodoh ke berkawan tapi sayang-sayang?”- Isteri reda dapat suami gay, terpaksa simpan rahsia jijik demi jaga hubungan rumah tangga
Macam mana pekerja asing ini mampu berbelanja RM200 sebulan di Malaysia, lebihan gaji RM4,000 dihantar ke kampung
Rupanya ini sebab kenapa ramai ‘mat salleh’ suka buat konten di Malaysia
CATEGORIES