“Ingat aku bodoh ke berkawan tapi sayang-sayang?”- Isteri reda dapat suami gay, terpaksa simpan rahsia jijik demi jaga hubungan rumah tangga

“Ingat aku bodoh ke berkawan tapi sayang-sayang?”- Isteri reda dapat suami gay, terpaksa simpan rahsia jijik demi jaga hubungan rumah tangga

“Ingat aku bodoh ke berkawan tapi sayang-sayang?”- Isteri reda dapat suami gay, terpaksa simpan rahsia jijik demi jaga hubungan rumah tangga. Lelaki songsang biasanya akan kekal bujang sehingga tua kerana mereka tidak bernafsu kepada wanita.

Namun ada juga golongan lelaki gay yang terpaksa berkahwin atas desakan keluarga, faktor usia atau mahu menutup mulut masyarakat sekeliling.

Di laman X, seorang wanita meraih perhatian netizen apabila mendakwa suaminya merupakan lelaki yang bernafsu songsang.

"Ingat aku bodoh ke berkawan tapi sayang-sayang?"- Isteri reda dapat suami gay, terpaksa simpan rahsia jijik demi jaga hubungan rumah tangga

Menerusi pendedahan yang dibuat baru-baru ini, wanita itu berkata dia terpaksa menyimpan rapi rahsia jijik itu demi mengekalkan keharmonian dalam ruamh tangganya.

“Aku tahu laki aku gay tapi aku simpan sendirian sebab aku tak mahu rosakkan hubungan kami. Aku tahu dia songsang sebab aku jumpa chat dia dengan jantan anak ikan dia.
“Apabila aku tanya siapa tu, dia cakap itu kawan dia saja. Ingat aku bodoh ke, berkawan tapi sayang-sayang?” luah wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu.

Menurut pengadu, dia cuba untuk menghentikan hubungan terlarang itu namun usaha yang dibuat tidak berhasil memandangkan suaminya sendiri enggan berubah.

“Aku beritahu suami supaya jangan berkawan lagi dengan jantan tu. Siap aku block nombor telefon jantan tu. Eh tiba-tiba aku periksa, dia unblock balik.

“Entahlah sekarang ni aku cuma nak jalani hidup apa adanya saja. Aku reda je lah. Kalau nak tahu, laki aku tu macam lelaki normal je,” ujarnya lagi.

Selain bukti berbentuk mesej, wanita itu mendakwa suaminya juga gemar melayari media sosial untuk menonton video lucah.

“Pernah sekali aku periksa history Twitter (X) dia. Penuh dengan carian porno gay. Yang lebih menyakitkan, aku tahu benda ni semasa aku hamil.

“Aku search the whole conversation dia dengan jantan-jantan. Tapi setakat ni aku tak pernah jumpa pula bukti dia pernah check in ke tak,” katanya lagi.

Di ruangan komen, seorang netizen berkata suami kepada wanita itu bukanlah gay, sebaliknya dia merupakan lelaki biseksual kerana kecenderungan nafsunya terhadap kedua-dua jantina.

“Ini namanya biseksual. Dua-dua dia suka.

“Anon. Dah tahu dia gay. Cerai je lah. Bodoh apa hang ni?

“Esok dah kena HIV takkan baru nak menyesal,” tulis beberapa netizen.

Baca Lagi:
Dua tahun suami jadi suri rumah jaga anak, sekali isteri staf hospital mengaku berzina rakan sekerja hingga hamil
Pondan ‘oversea’ mengamuk baling duit, dituduh curi barang di Bukit Bintang
Ramai yang tak tahu kulit buah oren boleh buat snek, ini caranya
CATEGORIES