“Tak sangka tua-tua masih jadi pelajar”, bekas PM 9 sambung pengajian

“Tak sangka tua-tua masih jadi pelajar”, bekas PM 9 sambung pengajian

“Tak sangka tua-tua masih jadi pelajar”, bekas PM 9 sambung pengajian. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat kejutan apabila mengumumkan beliau melanjutkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Keterujaan bekas perdana menteri itu dapat disaksikan apabila beliau berkongsi kad pelajarnya menerusi satu hantaran di Instagram, pada petang Khamis.

"Tak sangka tua-tua masih jadi pelajar", bekas PM 9 sambung pengajian

“Alhamdulillah hari ini dapat kad pelajar. Rasmi, hari ini saya jadi pelajar.
“Tak sangka tua-tua masih jadi pelajar. Inilah yang dikatakan belajar sepanjang hayat,” katanya yang berusia 64 tahun.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci mengenai jurusan atau bidang yang diikuti di UUM.

Selain ucapan tahniah, rata-rata netizen turut teruja dengan berita gembira yang dikongsikan Ismail Sabri.

“Alhamdulillah, contoh yang bagus Datuk Seri.

“Nanti jom YB (Yang Berhormat), buat assignment (tugasan) sekali dekat perpustakaan.

“Pegawai pengiring pun kena masuk kelas ke Datuk Seri?

“Jangan ikut member ponteng kelas YB,” demikian antara komen netizen.

Baca Lagi:
“Aku mengadu dekat mak mentua suruh nasihat suami aku simpan duit, tak sempat akhir bulan duit selalu habis, rupanya dia yang asyik kikis duit suami aku”
“Ini kali terakhir bapak tengok anak bapak, lepas ini tak jumpa dah”- Menantu dendam dengan bapa mentua, terpaksa ikat perut bayar hantaran mahal
“Ingat aku bodoh ke berkawan tapi sayang-sayang?”- Isteri reda dapat suami gay, terpaksa simpan rahsia jijik demi jaga hubungan rumah tangga
CATEGORIES