“Ramai yang tersakiti rupanya”- Malaysia negara ketiga orang paling ramai ‘single’ di Asia Tenggara

Photo of author

By Joe

“Ramai yang tersakiti rupanya”- Malaysia negara ketiga orang paling ramai ‘single’ di Asia Tenggara. Kajian mengenai status hubungan individu di serata Asia Tenggara telah memberikan gambaran tentang landskap sosial yang semakin berkembang di Malaysia, di mana negara ini menduduki tangga ketiga dengan bilangan individu bujang tertinggi.

Menurut perkongsian data oleh SeaAsia Stats, sebanyak 44.68% penduduk Malaysia dikenal pasti masih bujang, bercerai, berpisah, atau janda.

Statistik ini menempatkan Malaysia di belakang Filipina dan Brunei dalam kalangan negara Asia Tenggara, menurut laporan.

"Ramai yang tersakiti rupanya"- Malaysia negara ketiga orang paling ramai 'single' di Asia Tenggara

Data tersebut menggariskan beberapa faktor penyumbang kepada peningkatan individu bujang di Malaysia, antaranya pandangan terhadap perkahwinan, peningkatan taraf ekonomi dan keperluan sosial mereka yang masih bujang.

Difahamkan individu lebih mengutamakan ruang peribadi

Dalam pada itu, ahli sains sosial dan pakar menegaskan bahawa trend ini mencerminkan transformasi yang lebih meluas dalam masyarakat Malaysia, di mana individu semakin mengutamakan ruang peribadi, penjagaan kesihatan dan kesejahteraan emosi berbanding tanggapan tradisional tentang perkahwinan dan tanggungjawab berkeluarga.

Baca Lagi:
Macam mana pekerja asing ini mampu berbelanja RM200 sebulan di Malaysia, lebihan gaji RM4,000 dihantar ke kampung
“Aku mengadu dekat mak mentua suruh nasihat suami aku simpan duit, tak sempat akhir bulan duit selalu habis, rupanya dia yang asyik kikis duit suami aku”
Rupanya ini sebab kenapa ramai ‘mat salleh’ suka buat konten di Malaysia