Terima kasih Ismail Sabri

Terima kasih Ismail Sabri

Terima kasih Ismail Sabri. Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini menzahirkan penghargaan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, atas jasanya sebagai Naib Presiden UMNO.

Beliau berkata demikian, susulan keputusan Ismail Sabri untuk tidak mempertahankan jawatan Naib Presiden pada Pemilihan UMNO yang dijadualkan Mac ini.

“Saya kira beliau sudah membuat satu keputusan yang besar buat dirinya… mungkin beliau tidak mahu lagi bertanding, sebab sudah sampai ke puncak dalam perjuangan politiknya dengan menjadi Perdana Menteri, tiada yang lagi atas daripada itu,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen, hari ini.

Terima kasih Ismail Sabri

Terdahulu, Ismail Sabri yang juga Perdana Menteri kesembilan mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO yang disandangnya sejak 2018.

Ismail Sabri merupakan antara tiga penyandang jawatan itu selain bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri parti itu akan diadakan pada 11 Mac manakala bagi Jawatankuasa UMNO Bahagian, Jawatan Naib Presiden serta Ahli Majlis Tertinggi pula pada 18 Mac.

Sementara itu, Ahmad mengulangi pendiriannya untuk tidak bertanding jawatan Naib Presiden UMNO bagi memberi peluang lebih besar dan memastikan calon dari Johor memenangi jawatan tersebut.

Beliau berkata keputusan itu diambil kerana tidak mahu memecahkan undi perwakilan UMNO dalam memilih Naib Presiden, memandangkan sudah terdapat tiga calon dari negeri itu yang akan bertanding.

“Saya tidak bertanding Naib Presiden walaupun ada cadangan sebelum ini. Johor paling kurang seorang (calon) kena menang… Saya tidak perlu menambah (untuk bertanding jawatan Naib Presiden) dari Johor, nanti seorang pun tidak menang,” katanya.

Ahli Parlimen Pontian bagaimanapun berkata akan bertanding mempertahankan jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT), serta akan berdepan Bekas Menteri Besar Johor Datuk Seri Hasni Mohammad untuk merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Pontian yang disandangnya.

Baca Lagi:
Mak tak setuju aku kahwin dengan Ayu walau berpuluh kali terlanjur, tiba-tiba mak aturkan aku kahwin dengan kakak ayu
10 tahun isteri sakit, aku cuba nak ringankan beban dia kahwin satu lagi tapi ini yang berlaku
Isteri perangai pelik, baru 3 bulan kahwin selalu suruh rakam guna kamera bila bersama atas katil
CATEGORIES