Mak tak setuju aku kahwin dengan Ayu walau berpuluh kali terlanjur, tiba-tiba mak aturkan aku kahwin dengan kakak ayu

Photo of author

By Joe

Mak tak setuju aku kahwin dengan Ayu walau berpuluh kali terlanjur, tiba-tiba mak aturkan aku kahwin dengan kakak ayu. Perempuan yang mak aku cari untuk jadikan isteri adalah kakak Ayu.. Aku jadi macam orang tak tentu arah. Ayu pun muka dia terkejut bila tengok aku tapi dia pun buat macam biasa. Malam tu juga aku tahu yang Ayu dah bercerai, kini janda. Tak sangka, lepas aku kahwin, Ayu yang aku kenal dulu..

#Foto sekadar hiasan. Nama aku Faris, umur aku 33 tahun, aku di besar di bandar metropolitan Kuala Lumpur. Aku dibesarkan dalam keluarga yang serba serbi mampu. Aku anak ke 3 dari 4 orang adik beradik dan aku seorang sahaja anak lelaki dalam keluarga aku.

Cukup itu sahaja berkenaan aku, tak nak cerita lebih – lebih nanti ada yang kenal pula. Aku ni memang jenis liar sikit la. Kawan permpuan ramai sebab aku ni ada ciri – ciri lelaki idaman kaum wanita. Cerita aku ni bermula habis sekolah lagi sebab family aku berduit jadi tak ada masalah untuk aku nak hidup liar macam orang tak ada agama dan pedoman hidup.

Aku baru je kahwin 2 tahun lepas masa umur aku 31 tahun. Isteri aku bukan aku yang cari tapi kelurga yang carikan sebab mama aku tak tahan tengok gaya sosiaI hidup aku. Jadi dia carikan yang muslimah untuk aku. Aku yakin kebanyakan orang tak suka betul nak kahwin dengan orang yang korang tak pernah jumpa, tak pernah kenal, tak pernah cinta.

Mak tak setuju aku kahwin dengan Ayu walau berpuluh kali terlanjur, tiba-tiba mak aturkan aku kahwin dengan kakak ayu

Aku? Aku okey jer sebab apa? Sebab aku dah banyak sangat terlanjur dengan perempuan ni. Kadang – kadang tu bukan aku yang nak tapi diorang yang inginkan semua tu sebabkan duit aku, rupa aku dan body aku. Aku ni nak kata sado sangat tak jugak tapi hobi aku main gym setiap 2 kali seminggu.

Baik, dalam ramai – ramai yang aku kenal dari umur aku 19 tahun sampai 30 tahun, ada je yang aku nak jadikan diorang isteri, dalam 5 orang. Tapi bila bawa jumpa family semua kena reject dengan mak dan akak aku. Sebab perempuan tu mudalah, seksilah, aku muda lagi dan macam – macam lagi alasan mak dan kakak aku.

Jadi tu buatkan aku stress sebab aku ingat nak berubah dengan cara berkahwin tak mau dah nak cari perempuan bawa masuk hotel, lepas tu tak ada kesudahan. Sampaikan ada sorang ni, nama dia Ayu, aku dah kenal hampir 7 tahun dah jadi isteri orang pun masih nak bersama dengan aku.

Ayu ni memang paling top sekali dan dia orang pertama aku bawa jumpa famliy untuk jadikan isteri. Tapi kena reject sebab umur dia masa tu 19 tahun dan aku 21 tahun. Aku memang jatuh hati dengan Ayu berbanding perempuan lain.

Dia ni lemah lembut dan cantik. Susuk tubuh dia memang jadi kegiIaan ramai lelaki. Kitorang ni banyak kali terlanjur, check in hotel. Kali terakhir aku bersama Ayu masa tu aku umur 25 tahun, kalau tak silap sebab dia dah kahwin.

Dia nak kahwin dengan aku tapi family aku tak nak, jadi dia pun kahwin dengan ahli perniagaan. Aku agak sedikit sedih juga la tapi okey je dia kahwin sebab dia cari aku juga bila suami dia tak ada. Aku sampai datang rumah dia layan dia, masa suami dia cari barang niaga kat luar negara.

Alasan dia tak nak ikut suami sebab dia nak jaga kandungan dia. Masa tu dia dah mengandung 3 bulan kalau tak silap. Nak jadikan cerita lepas dia lahirkan anak dia, kami lost contact sebab suami dia dapat hidu dia curang jadi aku memang tak dapat berhubung dengan dia sebab dia pindah tempat lain sampai la aku jumpa semula dia masa aku dah nak kahwin.

Kecik sungguh dunia ni. Perempuan yang family aku cari untuk jadikan isteri aku adalah kakak Ayu tua setahun dari aku. Memang ayu dulu pernah cerita dia ada akak tapi akak dia belajar dekat mesir dan bekerja dekat sana.

Jadi aku tak ambil port pon pasal kakak dia tu. Memang aku terk3jut sebab aku pernah tengok gambar mak Ayu. Yang Ayu tunjuk pada aku masa kitorang bersama dulu. Aku tak pernah pun jumpa family Ayu sebab aku tahu aku tak akan berkahwin dengan dia.

Patah balik masa aku dah nak kahwin dengan Ariana, kakak Ayu tu. Masa keluarga aku hantar rombongan meminang aku follow juga tapi duduk dalam kereta je dulu. Sebab bertunang tu buat 2 hari sebelum majlis kahwin, buat pun waktu malam buat dekat rumah Ariana.

Dia ada rumah sendiri tu yang aku respect dengan dia ni. Tapi yang aku tak respect dia kenapa dia tak kahwin dengan ustaz jer sebab dia kaya dan bekerjaya. Jujur aku cakap aku tak pernah tengok rupa Ariana dan tak kesah pun rupa dia sebab yang suka dia mak dan kakak aku.

Untuk pengetahuan korang aku dan Ayu ni dah lama tak ada ayah. Jadi kebanyakan buat keputusan untuk aku adalah along aku. Dia yang kenal dulu dengan Ariana tu dan dia bawa jumpa mak aku masa aku tak ada dekat rumah!

Lepas tu selalu la dorang perli aku cakap aku bakal kahwin dengan bid4dari. Aku tak hairan semua tu sebab dah ramai perempuan cantik aku dah pernah kenal termasuk Ayu. Berdebarnya dada aku bila dijemput masuk untuk bergambar bersama tunang aku dan berkenalan dengan family tunang aku yang ada 3 beradik, semua perempuan termasuk Ayu, no 2 dan Anis, no 3.

Masa melangkah masuk rumah Ariana alangkah terk3jutnya aku rasa macam nak gugur jantung sebab tunang aku tu cantik giIa dan duduk atas kerusi pelamin dengan Ayu!!!! Perasaan berbeIah bagi. Aku tak tahu nak buat apa masa tu.

Aku terus dudak sebeIah suami along aku dan anak sedara aku. Diaorg jemput aku duduk dekat pelamin tapi aku tak bangun sebab aku buat – buat borak dengan abang ipar aku sambil toleh tengok Ayu. Dan Ayu pun muka dia terkejut giIa bila tengok aku tapi dia pun buat macam biasa.

Lepas tu aku tengok ada budak perempuan umur dalam 5 tahun pergi dekat Ayu mintak susu. Wehhhhhh aku jadi macam orang tak tentu arah.. Lagi – lagi bila kena pangil bergambar sekali Ariana yang cantik dengan baju kurung warna putih.

Aku bergambar sekali dengan tunang aku dekat pelamin dan malam tu juga aku tahu yang Ayu dah jadi janda sebab suami dia dah ceraikan dia. Kaklong aku yang cerita. Mak dengan along memang tak perasan yang Ayu tu bekas awek aku dulu.

Fuhhhhhhh…. Payah aku nak cerita cuba korang bayangkan sendiri awek yang korang penah tidur sekali jadi adik ipar korang dan akak dia ustazah, dah jadi isteri korang sampai hari ini. Tak aku sangka lepas kahwin masa aku di rumah mertua, Ayu yang aku kenal dulu bukan ayu yang dulu.

Dia semakin matang dan dia buat aku macam orang yang dia tak pernah kenal langsung atau itu mungkin di luaran atau mungkin dia nak akak dia (Ariana) bahagia dengan aku lelaki pend0sa. Aku harap kisah silam kami tak ada siapa yang tahu lagi – lagi Arina.

Harap selama aku jadi abang ipar dia aku kuat untuk tidak kembali kepada sejarah yang lepas. Sebab bini aku sekarang banyak mengajar aku erti kehidupan seorang muslim yang sebenar. Sekian… (banyak typing error tu maaf ye sebab aku type je tak check pun) – Faris (bukan nama sebenar).

Baca Lagi:
Ditangkap berdua-duaan di kebun, budak 12 tahun dinikahkan
Rupanya ramai wanita menyesal kenapa tak bercerai dari dulu
Engku Emran bercerai dengan Nabila?, ini sepatah dua kata dari Erra Fazira