Terengganu FC terima tajaan RM1.5 juta daripada XFOX

Terengganu FC terima tajaan RM1.5 juta daripada XFOX

Terengganu FC terima tajaan RM1.5 juta daripada XFOX. Terengganu FC menerima peningkatan semangat menjelang kempen Shopee Cup yang akan bermula pada Ogos ini melalui penajaan sebanyak RM1.5 juta daripada XFOX.

Majlis pemeteraian penajaan ini diadakan di pejabat pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) pada petang semalam. Pengumuman penajaan ini turut disiarkan di platform media sosial rasmi Peteh.

Pengurusan Terengganu diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pasukan, Mohd Sabri Abas. Sementara XFOX pula diwakili oleh Ketua Pegawai Operasi (COO), Dato’ Suhaila Semaru.

Terengganu FC terima tajaan RM1.5 juta daripada XFOX

Majlis juga disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah pasukan yang juga Exco Pembangunan Belia Sukan dan NGO Negeri Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim, serta CEO XFOX, Dato’ Suraya Semaru.

XFOX merupakan syarikat yang berteraskan perkongsian keuntungan bersama perniagaan dan mempunyai beberapa cawangan perniagaan lain seperti XFOX Steamboat & Grill, XFOX Sports Arena, XFOX Jewels, XFOX Frozen, XFOX Construction, XFOX Wellness, XFOX Warehouse, dan XFOX Coffee.

Melalui perjanjian ini, XFOX telah dilantik sebagai penaja rasmi pasukan Peteh sepanjang kempen Shopee Cup 2024/25 dengan nilai penajaan sebanyak RM1.5 juta. Logo syarikat juga akan dipaparkan pada jersi pasukan sepanjang kempen kejohanan.

Perjanjian ini juga membenarkan pasukan Terengganu untuk mengakses kemudahan sukan milik XFOX, iaitu XFOX Sports Arena di Subang Bestari.

Akses ini membolehkan pasukan yang dibimbing Tomislav Steinbruckner dapat menjalani latihan di padang-padang latihan berkualiti milik syarikat berkenaan.

Baca Lagi:
Individu hairan ada peniaga tak nak terima wang kertas RM50 sebab tak pernah tengok tandatangan baharu
Wanita hamil 7 bulan kena buang kerja jadi rider selepas kantoi suami tolong hantar pesanan
Kaki wanita diseret bas ketika ambil bagasi, dakwa badan tersepit di tempat penyimpanan bawah bas
CATEGORIES